Rindunya hati ni kepada emak hanya Allah je yang tahu. Ani rindukan mak, ani sayangkan mak.
Tanggal 26/08/2013 bersamaan dengan 14 syawal (12.30am, Isnin) mak telah pergi selama-lamanya meninggalkan kami 6 beradik & Ayah.
Berakhir sudah penderitaan mak. Sesungguhnye kami semua belum puas nak menjaga mak, nak menatap muka mak, nak cium pipi mak. Ya Allah rindunya dekat mak. Semoga mak aman di sana (Alam barzakh)
InsyaAllah doa sentiasa kami kirimkan buat mak. Semoga Allah tempatkan mak di dalam golongan orang-orang yang bertaqwa.. Aminn Ya Rabbal Alamin.
001 | Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihi | |
002 | Segala puji tertentu bagi Allah, Tuhan yang memelihara dan mentadbirkan sekalian alam | |
003 | Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihi | |
004 | Yang Menguasai pemerintahan hari Pembalasan (hari Akhirat) | |
005 | Engkaulah sahaja (Ya Allah) yang kami sembah, dan kepada Engkaulah sahaja kami memohon pertolongan | |
006 | Tunjukilah kami jalan yang lurus | |
007 | Iaitu jalan orang-orang yang Engkau telah kurniakan nikmat kepada mereka, bukan (jalan) orang-orang yang Engkau murkai, dan bukan pula (jalan) orang-orang yang sesat |
|