Assalamualaikum
Alhamdulillah syukur dengan nikmat yang Allah kurniakan kepada kami berdua. Allah maha besar sesungguhnya pemergian arwah mak diganti pula dengan kelahiran putera sulung kami pada 5.5.2014 pada Isnin 3.10am.
Bayi lelaki yang sihat sempurna selamat dilahirkan (akhirnya berbelah juga perut ibu nak). 8 hari Check in di hospital sungai buloh , memang pengalaman yang tak dapat kami lupakan.. Lama kot nak tahu giliran nak beranak (ramai betul mak buyung)... Tapi bila tengok bayi kita selamat dilahirkan hilang semua rasa penat menunggu.
Muhammad Harrazaman bin Mohd Fairuzaman nama diberi
(harraz=yang warak, zaman=masa) 3.02kg.....alhamdulillah Harraz tak ada kuning yayerrrr.......
Ok lah dah malas nak taip LG.. Jom layan gambar harrazzzz