Ahad, 28 Februari 2016

Weekend Activities

Assalamualaikum...

Sabtu pagi aku ke ofis dalam 10:30am sampai jam 15:30pm. Malam pulak gerak ke Damansara Uptown. Sebab husband nak settlekan hutang kat bank. Memula plan lepas settle kat bank nak ke The Curve. Tapi memandangkan dah lewat. Kitaorang decided ke kedai Aksesori hp Ustaz kat Uptown Damansara jelah.

Malam tu kami Dinner kat A&W kat Petronas Kota Damansara, bebetul dekat dengan Tropicana Medical Centre. Lepas tu terus ke Kedai Ustaz. Aduh parking memang payah nak cari.menapaklah jawabnya. Tapi berbaloi sebab kebanyakan aksesori hp kat sini murah giler. Screen protector yang glass Rm5 jek. Kalau nak glass yang private or gelap tu Rm12 je.. Kedai dia memang sesak dengan orang..tapi service cepat. Cuma kena sabarlah sikit.













Kedai bawah sebaris dengan kedai ustaz..tapi aku rasa kedai ni mahal sikit. Sebab aku beli Screen protector glass biasa rm25 dia charge aku.padahal kedai ustaz tu rm5 je glass bisa... Mmg sabor jelah 

 


Cantiknya Gaun Wedding

Assalamualaikum...

Awal tahun ni berderet-deret artis popular kahwin... Shahiezy Sam & Syatilla Melvin, Akim & Stacy,  Yatt Hamzah dan Anzalna & Hanif.

Bukan nak banding-bandingkan wedding diorang ni. Cuma mata ni terpikat dek gaun resepsi Anzalna...kenapa cantik sangat???








Ahad, 21 Februari 2016

Sesi Luah Rasa

Assalamualaikum...

Sesi meluah rasa.. Khamis sampailah sabtu memang memenatkan.. 4 tahun menanti akhirnya terlahirlah 'ALOSI'.. Sebab 'ALOSI' lah bos kat ofis aku macam kucing nak beranak. Ya Allah stressnya. Tapi alhamdulillah we did it semua kerja yang urgent tu around 3.30pm sabtu.

Stress dengan orang atasan yang suka push orang bawahan. Buat kerja ibarat "dah nak terberry sangat time tu jugaklah baru nak korek lubang". Ditambah pulak ketua yang tahu nak membebel dan menyakitkan hati orang bawahan. Tahulah korang stress tapi fahamilah kami yang buat kerja jugak. Korang pandai mengarah. Yg menjalankan.. Kami jugak yang kuli-kuli. Lagi orang nak buat kerja lagi dia nak membebel. Tak payah datanglah kalau takat nak membebel dan buang masa kitaorang untuk  tengok air liur kat tepi bibir ko tu. Geram aku..

Semoga Allah sentiasa Lindungi insan-insan yang sering ditindas...

Dak_ani


Jumaat, 19 Februari 2016

Singa Menari

Assalamualaikum...

Jumaat yang sangat memenatkan.. Kena stayback kat ofis sampai jam 10pm. Nasib baik husband dan Harraz datang pick up ibu. Siap naik ofis tunggu ibu..

Kebetulan dekat areaofis ada lion dance malam tu.. So apa lagi bawaklah Harraz tengok.


Macam gembirakan..tapi sebenarnya stress


Kerja-kerja





Harraz datang dlm 9.30pm sampai makan atas lantai anak ibu


Dia pun tengah buat kerja














Singa datang kat dia..TAKOT hehehhee











Suasana area ofis di waktu malam

Ceria Bersama Note 5 Ainon



























Rabu, 17 Februari 2016

Training

Assalamualaikum...

Harini dapat peluang pergi training Excel 2013 Level 2. Alhamdulillah kelas harini taklah boring. Kalau dah belajar kenalah pakktiskan..kalau tak manunya nak lekat ilmu tu hehhee.


Training tu buat dekat SD Leadership Centre di SD Plantation Building. Nasib baik tak jauh dari opis aku. Jalan kaki berdedai-dedailah kami.



































Pagi2 buat alas perut.. Kelas start pukul 9pg





Isnin, 15 Februari 2016

Harraz Bersama Paed

Assalamualaikum..

Harini bangun pagi ayah Harraz dah ketuk2 kuali dengan sudip hehehe. Bila bangun tengok ayah Harraz tengah masak nasi goreng untuk bekalan Harraz. Harraz pon pagi2 lagi dah bangun. apalagi dah alang2 bangun awal marilah anakku kita mandi. Sebab Harini Harraz nak visit doctor hehehhe..
Kena gerak awal sebab takut jem.. yelah Sunway nak ke Sungai Buloh Hospital jauhkan.



Pagi2 dah buat kerja...


Singgah Petronas beli minuman..


Kami gerak dari rumah jam 7:15am


Sampai Hospital dalam jam 8:00am yelah hospital gomenkan kenalah awal. kami ni memang setia dengan Gomen hehhee



Tengoklah nombor ni..aku penah dapat no lebih banyak daripada ni tau.. ni kira Alhamdulillah lah..


Lepas dah daftar kami terus pergi ke Klinik Pakar Kanak-Kanak. di situ kami kena lah menunggu lebih lama lagi..adalah dalam 1 jam setengah. Tapi sekali lagi syukur sebab tak lah lama sangat. So untuk tak membuatkan anak kesayangan ni penat dan boring menunggu..kami pon bawaklah dia kat bilik azimat ni haaa...bilik ni aircond kuat...manyak syok owhhh











Dah settled jumpa doctor..kena berratur tunggu giliran lagi..kali ni amek no. untuk dapatkan ubat...adelah dekat 20minit menunggu...





Tunggu punya tumggu Harraz pon tidoq..sampailah sampai rumah ummi..


Sampai rumah ummi dalam 12:30pm..hantar Harraz dan kami balik siap2 nak pergi kerja. sebelum tu kami lunch di Restoran Jaring.. FYI nasi sepinggan ni aku punya harga RM12 sekali sekala nak makan...Redha je. Dalam 1:30pm aku dah sampai ofis..

Note: 
1. Next appointment 16/08/2016 see Paed
2. Ambil ubat 3 bulan dari sekarang..



Kalau Sudi Kliklah Sini