Rabu, 22 Jun 2016

Sahur Di Mana?

Assalamualaikum... 

Ramadhan 17, harini kali ke dua bersahur di Macdonald. Seronoklah si Harraz shomel-shomel tu. Memula bangun lemau je, sampai je Mcd terus bertenaga.


Burger for Harraz


Lepas sahur solat subuh pulak..takpelah sayang..slow-slow.







Selasa, 21 Jun 2016

Rindu Bertandang Lagi

Assalamualaikum... 

Tetiba malam ni terasa sayu hati, teringatkan arwah mak. Allahuakbar.. Rindu sangat kat mak. Rindu nak peluk mak time tido, raba-raba mak, potong kuku mak, keluar jalan dengan mak. Tahun ke 3 Ramadhan tanpa mak, rindu sangat mak. Suasana raya bila mak tak ada dah lain, tak macam dulu. Sedara mara datang beraya pun tak ramai macam masa mak ada dulu. Biasalahkan bila orang tua dah tak ada ni orang dah kurang nak beraya.

Masa puasa pulak teringat sambal tumis ikan cencaru dan sayur kobis yang mak masak. Sedap sangat mak, berselera anak mak makan, sampai orang makan bertambah-tambah sampailah sekarang demuk hehhee. Sampai dah bangka ni jugakkah sambal tumis ikan cencaru tu menjadi lauk kegemaran orang.

Rindu..rindu..rindu.. Hanya doa je yang dapat hadiahkan kepada mak. Semoga roh arwah mak dicucuri rahmat Allah dan tergolong dalam golongan orang yang beriman. 

Aameen.. 
Al-Fatihah.... 
Allahyarhamah Hjh. Hariah Binti Hussain (Robah).

Isnin, 20 Jun 2016

Ramadhan Ke-15

Assalamualaikum..

Alhamdulillah dah 15 Ramadan rupanya. Pantas betul masa berlalu. Hai bilalah diri ni nak berubah. Berubah untuk jadi baik. Payahnya nak istiqomah. Ya Allah teguhkanlah iman hambaMu ini..

Aku ni insan yang lemah. Kau peliharalah iman aku, suami, ibubapa, adik beradik dan rakan-rakanku daripada melakukam perkara yang buruk.. AAMEEN

Kad Ucapan Perkahwinan

Assalamualaikum... 

Alhamdulillah syukur diam tak diam dah hampir 4 tahun usia perkahwian dak Ani dwngan dak Fairuz. Syukur Allah kurniakan anugerah yang tak ternilai iaitu seorang budak lelaki shomel yang selalu memgaku diri dia somel..somel sambil cubit-cubit pipi sendiri kehkehkeh..

Bulan lepas aku dok kemas-kemas barang terjumpalah kad-kad ucapan masa kawan-kawan bagi hadiah masa majlis kahwin aku 2012 dulu. Maka aku pun ambil kesempatan untuk snap semua kad tu.. Sebab aku tengok satu satu Harraz dah koyang dan conteng-conteng. Hmmm keluar je sikecik ni macam-macam dia buat. Sabor jelah nakk...















Jumaat, 17 Jun 2016

Good Luck Yana

Assalamualaikum.. 

Alhamdulillah harini masuk 12 Ramadan umat islam berpuasa. Harini jugak last day adik shomel Yana aka Maria Farida. Adik ni dah dapat tawaran kerja tetap. Dia dari Skim Siswazah Latihan 1 Malaysia (SLIM) kami kenal pon tak lama..seminggu je dia kat HQ, selebihnya dia kena hantar ke Nilai Impian Township. Hampir 9 bulan jugaklah dia kat sana. So harini dia datang nak say bye-bye kat kami dan pulangkan PC dan name tag. Doa kami untuk Yana, semoga success di tempat baru nanti. GOOD luck ya beautiful adik. Jangan nangis.
















Khamis, 2 Jun 2016

Kenduri Credit Sebelum Puasa 2016

Assalamualaikum..

Sempena nak menyambut Ramadan Al mubarak 2016, kami sepakat buat collection duit untuk buat makan-makan. Majlis kecil -kecilan gitu. Alhamdulillah semua berjalan lancar. Jomler layan gambor kita.









Pemalas betul katering ni..potong buah macamni je













Kalau Sudi Kliklah Sini