Jumaat, 27 Januari 2017

Harraz Demam Lagi

Assalamulaikum..

Harraz demam lagi harini. Kali ke 2 dalam bulan yang sama. tapi kalini demam biasa. Nasib baik ayah Boleh cuti jaga Harraz. Harraz demam maybe berjangkit dengan ibu. Kesian anak ibu. Ibu dah tak boleh cuti lagi sebab bulan ni ibu dah 2x EL masa Harraz demam awal bulan dan ibu baru je lepas MC 2 hari sebab demam dan semput. 




Khamis, 19 Januari 2017

Bila Ibu Demam

Assalamualaikum..

Sakit tu kan penghapus dosa-dosa kecil.  Awal tahun ni memang buruk rekod kedatangan ibu. Emergency Harraz demam 2 hari.  Lani ibu pulak demam,  Allah... semput dan demam, 2 in 1. Ingatkan MC 1 hari dah ok. rupanya makin teruk. Hampir seminggu jugaklah nak baik ni. Semoga Allah anugerahkan kesihatan yang baik.



Rabu, 18 Januari 2017

Training 2017

Assalamualaikum...


Date : 18 Januari 2017
Day  : Rabu (morning)
Venue : Idea Housing Denai Alam
RISE












Sabtu, 7 Januari 2017

Drama Pilihanku : Isteri Tuan Ihsan



Adaptasi dari novel, drama Isteri Tuan Ihsan bakal ditayangkan di saluran Astro Ria dan Ria HD. Bersiaran dalam 20 episod, drama ini dilakonkan oleh Aaron Aziz dan Amyra Rosli sebagai pelakon utama. 


Pelakon lain yang membintangi Harris Baba, Gambit Saifullah, Mardiana Alwi, Nazia Mustafar, Livonia Ricky, Qazem Nor, Ruzana Ibrahim. Drama ini diterbitan Global Station Sdn Bhd dan diarahkan oleh Raja Ahmad Alauddin. 


Sinopsis drama Isteri Tuan Ihsan


Seroja Irdina gadis 24 tahun, membesar di kota. Kunjungan ke kelab malam adalah tempat berhibur bersama teman-teman. Demi melindungi rasa sedih Seroja berlagak selamba dan berani. Saroja juga lantang dalam bersuara. Tetapi yang pasti dia sangat nakal, manja dan keras kepala ( semuanya cukup lengkap dan ada pada diri Saroja ). 


Tuan Ihsan Iskandar kerana keliru antara cinta dan teman, dia pergi jauh membawa hati yang kecewa dan membina kehidupan di kota London. Tumpuannya hanya pada kerjaya, tak pernah terlintas untuk jatuh cinta sehingga mencapai 47 tahun usianya.


Demi satu permintaan, Tuan Ihsan kembali ke Malaysia. Demi sebuah amanah, dia dipertemukan dengan Seroja Irdina, gadis yang dipohon dapat dijaga olehnya selepas ibu Seroja meninggal dunia. Ibu Seroja (Imaninah) adalah teman istimewa pada Tuan Ihsan. Pada Imanina, Tuan Ihsan sahaja yang boleh menjaga Seroja kerana Seroja sebatang kara. Imaninah dibesarkan di rumah anak yatim dan keluarga ayah Seroja pula telah membuang mereka kerana Soleh berkahwin dengan bukan wanita pilihan keluarga. Episod baru kehidupan Seroja bila tinggal banglo mewah Tuan Ihsan. 


Hari pertama Seroja ke banglo Tuan Ihsan. Seroja memperkenalkan diri sebagai calon Isteri Tuan Ihsan. Kedegilan dan suka melawan membuatkan Tuan Ihsan hampir sakit jantung. Di dalam rumah ada peraturan yang ditetapkan tetapi Seroja susah untuk mendengar arahan Tuan Ihsan hingga pembantu rumah turut dimarahi oleh Tuan Ihsan kerana kedegilan Seroja. Tuan Ihsan yang digelar " Pak Cik Hot " pening dengan kerenah Seroja. Seroja juga diberi seorang bodyguard yang bernama Yusri untuk memantau pergerakan Seroja. 


Namun Seroja Irdina mempunyai aura yang kuat, sesiapa sahaja mudah jatuh sayang padanya. Hadirnya di dalam banglo mewah Tuan Ihsan mengubah sunyi jadi gegak-gempita, hambar jadi ceria, suasana menjadi meriah dengan gelak tawa, sehinggakan para pekerja banglo tersebut berpaling setia. Tanpa pengetahuan Tuan Ihsan, Seroja mewujudkan applikasi group whatsap Calon Isteri Tuan Ihsan. Di situ mereka bercerita dan mengutuk Tuan Ihsan , projek dan pelbagai lagi . 


Miskipun Tuan Ihsan dan Seroja kerap bertelagah apabila bersua muka, sebenarnya di hati masing - masing terbit satu rasa. Memandangkan usia mereka yg terlalu ketara berbeza, Seroja tertanya, jatuh cintakah dia kepada pakcik hot tersebut? Sedang Tuan Ihsan pula keliru, apakah rasa didadanya itu namanya “cinta”, apakah sunyi yang dirasainya itu tandanya “rindu”? 


Kehadiran Dr. Zaim, membuatkan Tuan Ihsan rasa cemburu dan rasa tercabar. Ditambah pula bila Dr. Zaim memberi amaran pada Tuan Ihsan agar tidak mengongkong Seroja. Tuan Ihsan terus merasa dirinya tercabar bila Seroja rapat dengan Dr. Zaim. Dr. Zaim terlibat sebagai model projek kerja akhir Seroja. Sebenarnya Seroja sengaja rapat dengan Dr. Zaim kerana dia cemburu bila melihat Hanani Jane ( model kaki pensel 2B ) yang bertujuan untuk mengikis duit Tuan Ihsan. 


Tuan Ihsan pergi berjumpa dengan Tan Sri Shamsudin ( Datuk Seroja ) untuk meminta menjadi wali Seroja tetapi keegoan Tan Sri enggan mewalikan Seroja kecuali Tuan Ihsan sanggup membayar 10 juta. Sholeh ( ayah ) mempunyai adik yang masih belajar di Rusia. Dengan ini saja mereka boleh bernikah. 


Perkahwinan yang dirancang menepati citarasa Tuan Ihsan. Kini status aplikasi dalam wassap group bertukar kepada Isteri Tuan Ihsan. walaupun Tuan Ihsan lebih dewasa, gara-gara terlalu biasa bersendiri, kadang terlupa bagaimana menjaga hati wanita bergelar isteri selayaknya. Seroja Irdina pula masih dengan jiwa mudanya, masih dengan keras kepalanya, barannya tetap bersisa, adakalanya dia mahu dilayan bagaikan seorang puteri, dia mahukan suami meletakkannya sebagai 1st prioriti, jangan ada sebarang rahsia, dia mudah berburuk sangka. 


Disangka Tan Sri Shamsudin terus menjulang keegoannya. Masa berganti terlalu pantas. Kehadiran cicit melembutkan hati Tan Sri Shamsudin. Pada mulanya keengganan Seroja memaafkan datuknya sendiri selepas dipujuk oleh suaminya yang kini Tan Sri Shamsudin semakin uzur dimakan usia. Persaudaraan yang terputus terjalin semula . Seroja dan Tuan Ihsan bahagia . Memang benar pepatah melayu berkata Cinta tidak mengenal usia.


Saksikan nanti kesudahan drama Isteri Tuan Ihsan adaptasi dari novel karya asal Sara Kyoko ini bermula 2 Disember 2016 setiap Isnin hingga Khamis jam 10 malam di Astro Ria 104 dan HD 123.


Rabu, 4 Januari 2017

Cuti Jaga Anak



Assalamualaikum...


Semalam cuti emergency harini pun sama. Ummi Harraz masih kat Hospital lagi petang ni baru discharge. Harraz pulak baru nak recover. Mudah-mudahan esok semuanya baik-baik sahaja ya. Besok in shaa Allah esok dah boleh masuk kerja di tahun 2017.





Selasa, 3 Januari 2017

Blood Test Harraz 2017

Assalamualaikum...

Pagi tadi Harraz masih demam. So pagi lagi kami dah bawak dia pergi klinik. Sampai klinik ok alhamdulillah dapat jumpa doktor yang sama ahad lepas. So doktor terus nasihatkan rujuk hospital terus. Dapat je surat rujukan kami balik rumah kejab kemas-kemas baju Harraz dan ibu. Buat persediaan kot-kot kena tahan wad.


Kami gerak ke Hospital Sungai Buloh dalam jam 9:15am. Kami singgah breakfast kat Macdonald, Highway NKVE. Dalam jam 10 kami sampai HSB (Hospital Sungai Buloh). Sampai je kami terus ke kaunter Emergency & Trauma, bagi surat rujukan dan Mykid pembantu kesihatan tu terus minta aku ke kaunter pendaftaran dan seterusnya ke bilik Matahari untuk ambil darah.


Strong baby



Sampai ke bilik matahari pembantu Kesihatan terus ambil tekanan darah dan ambil darah Harraz sekali. Time ambil darah ni, memula nampak Harraz ok sebab yang ambil darah tu cute kot. Tapi lepas Je cucuk darah dan godek- godek bagi darah keluar tu yang start hujan air mata. Tapi sekejab je. Result pun sekejab je dah siap dan terus review dengan doktor. Alhamdulillah tak kena tahan wad (beriya ibu kemas beg sampai ayah bosan tunggu hehehe)


Sakit ya sayang...kesian muka sedih 

Doktor ada bagitahu tadi, katanya hospital tak galakkan baby warded sebenarnya. Sebab kat dalam hospital ni sebenarnya lagi banyak kuman. So selagi parents masih boleh handle baby lebih bagus. Sebab kebanyakan kes baby yang masuk wad CT lepas je discharged kanak-kanak or baby ni akan check in balik hospital sebab ada jangkitan kuman. Tapi kalau anak kita dah dah lemah longlai jangan simpan kat rumah pulak ya kawan-kawan cecepat bawak jumpa doktor or rujuk pakar terus.


Lepas jumpa doktor kami terus ambil ubat
Alhamdulillah semuanya berlaku dengan pantas. Lunch kami ke Tesco Ara Damansara, bawak orang sakit makan nasi ayam. Tapi orang sakit nampak alhamdulillah sihat dah sikit. Balik rumah terus bancuh antibiotik mengikut arahan dan bagi anakanda makan, walaupun dia tak rela. Aduh anak awak ni macam ibulah hehhee takut makan ubat.


On the way balik..ibu pun tak sedap badan je rasa.


Gambar setelah edited hehehe...tetiba 




Gambar semalam.. Kesian demam dan tak sedap perut ya nak?


Harraz cepat baik ya sayang..rindulah nak dengar awak membebel... Gambar masa balik kampung haritu.. Seluar pelikat pant mak ode Harraz yang buat.

Ahad, 1 Januari 2017

Selamat Datang 2017




Assalamualaikum... 

Alhamdulillah masih dapat bernafas di bumi Allah lagi pada tahun baru 2017. Banyak kenangan yang berlalu ditahun 2016 kupahatkan di dalam blog aku ni. Bukannya apa nanti takot lupa pulakkan. 

Aku berharap agar tahun 2017 ni akan di menjadi tahun yang lebih bermakna pada kami sekeluarga. Semoga Allah permudahkan urusan kami dan mana tahu dapat baby lagi.

 
Pagi ni bawa Harraz ke Klinik, perut tak sedao dan cirit kesian anak ibu. Get well soon anak.


Ameen...
DAK_ANI

Kalau Sudi Kliklah Sini