Jumaat, 3 Ogos 2018

Pakej 4 Hari 3 Malam @ HSB

GDM @ diabetic ketika mengandung. Masa yang ditunggu telah pun tiba, akhirnya result air gula keluar dan aku kantoi (dah agak dahhhh). Doktor KK minta buat BSP tapi aku buat tak serius, makanya result memang meminta masuk hospital.

Biasalah musim raya, musim open house, musim durian yang melampau dan macam-macam nafsu makan terlampau dimusim mengandung ni.


Akhirnya kena serah diri ke Hospital jugak. Memang dah agak kena admit mengandung kalini. Tapi tak sangka plak sampai 4 hari 3 malam..


Masa masuk kat PAC aku dah sign agreement yang mengatakan aku rela tunggu katil or wad dalam masa 48jam. Penyudahnya sampai hari ke 4 memang aku tak masuk wad.

Malam pertama aku tido atas kerusi kat bilik makan dan solat. Aku tido sebelah tv sambil cas hp kat decoder astro.  Alhamdulillah malam ke 2 dah pandai sikit berebut, so dapatlah katil camping kat wad sementara PAC. Not bad lah kan janji dapat luruskan badan. Yelah masa ni kandungan dah 27minggu tapi jalan masih laju lagi.


Kawan-kawan ofis minta aku selfie..maka aku persembahkan muka aku yang sembab bersama wajah kerinduan anak dan suami..



Muka happy sebab dapat katil yahooooooo....






Inilah tempat Solat, makan dan menonton TV. Best tu bilik ni sebab kalau tak leh cas hp guna plug, kita boleh cucuk kat decoder Astro tu haaaa... Tempat paling best kat PAC HSB





















Akhirnya lepas review doktor bagi balik harini... Wah seronoknya... Kawan2 geng manis2 pon boleh discharged hari yang sama.

Kos 4 hari 3 malam aku kat PAC sangatlah murah RM6 ja. 


Keluar hospital bawak bakal abang ni pergi Sunway. Sampai je kat umah ummi terus bawak dia g Sunway Pyramid.


Tak pasal2 kena paw Robocar Poli RM36


Baju yang dia pakai tu Baru je beli kat hospital..almaklumlah bapak jaga anak, baju tak lawa dia bawak g umah ummi. So terpaksalah pakaikan baju baru. 


Sedap sushi ni.... 


Kalau Sudi Kliklah Sini