Khamis, 29 November 2018

Al Fatihah Pak Su Hamdan 17/11/2018


Pagi sabtu mak dapat panggilan telefon daripada Mak Ida (adik mil) bagitahu yang Pak Su meninggal dunia selepas rebah di Club Golf Bangi awal pagi tadi. 

Semoga Roh arwah dicucuri rahmat. Diharapkan mak Su dan anak-anak arwah tabah dalam menempuh dugaan ni. 

** Lepas zohor kami (aku anak beranak,mil dan sil terus ke KL) 

Dari Hospital Serdang jenazah disembahyangkan di Masjid Kem Wardieburn Setapak dan dikebumikan di Raudhatul Sakinah II (Taman Batu Muda KL-karak) sampai sesat kami nak ke sini.

Sampai je kat kubur, alhamdulillah semua urusan pengebumian selesai. Aku dan baby duduk tunggu dalam kereta je. Almaklumlah belom habis pantang baru 30hari.

Selesai kami terus ke Rumah mak Su di PV 2. Rupanya dah ramai sedara mara berkumpul. Nampak mak Su sugul je, yalah masih terkejutkan. Harap mak Su kuat. 


Malam tu majlis tahlil dan bacaan Yasin diadakan dekat dewan Flat Seri Langkawi 2. Aku dan Maryam tunggu dekat rumah mak Ida. 





Lepas habis majlis, husband bawak balik balik tido dekat rumah kami. Happy betul Harraz siap keluar je lift minta kita semua berpimpingan tangan, happy campur lawak pun ada. maybe dia rindu sebab dah lama tak balik rumah, yalah ibu dah dekat sebulan pantang kat umah nenek.

Esok petang kena balik PD balik sebab Isnin ibu dan Maryam ada checkup sebulan.



Isnin, 19 November 2018

Maryam Afia Check Up Sebulan

Appointment 8:30am tapi kami sampai dekat jam 10am. Almaklumlah semalam lambat gerak dari KL.

Alhamdulillah semuanya ok. Ibu pun ok cuma luka pembedahan tu kena jaga sikit.
Maryam pula nurse kata tinggi hehehee.. Ikut sapalah tinggi tu kata nurse.

Maryam Afia

4.3kg

Suntikan cucuk sebelah kiri

Jumaat, 2 November 2018

Maryam Afia

Assalamualaikum...

Alhamdulillah tepat 38 minggu 1 hari lahirlah zuriat kedua kami dengan selamat. Akhirnya ke emergency czer jugak perut ibu ni sayang oi. Tak kisahlah janji semuanya selamat.

Tak sangka sekang aku ibu kepada 2 orang anak. Ya Allah bahagia rasanya, rezeki Allah bagi tanpa diduga. Semoga anak-anak ibu sentiasa sihat dan aktif. Orang kata dah sepasang, bolehlah rehat dulu. Almaklumlah pregnant ada GDM ni payah sikit, tambahan pulak perit ber czer.






Kalau Sudi Kliklah Sini