Sabtu, 31 Disember 2016

Drama Pilihanku: 7 Hari Mencintaiku

Shukri Siti Saleha

Terbaru di slot Akasia TV3, drama 7 Hari Mencintaiku terbitan Pena Creative Pictures dan diarahkan oleh Jamal Khan. Dibintangi Shukri Yahaya, Siti Saleha, Aman Graseka, Liza Abdullah, Idris Mad Diah, Rosnah Johari, Bil Azali, Syazwan Zulkifli, Ungku Hariz, Jaja Iliyes DFKL, Zaryn Min.

Sudah kena report guys..
Backup Ep1-Akhir

Sinopsis drama

Drama 7 Hari Mencintaiku mengisahkan Khuzairi lakonan Shukri Yahaya yang dalam diam mencintai seorang gadis bernama Mia Adriana lakonan Siti Saleha. Cinta pandang pertamanya menjadikan dia seorang perindu yang setia. 

Namun kerana sifat angkuh dan sombong gadis itu menyebabkan Khuzairi tidak pernah walau sebesar hama jua menyimpan impian untuk memilikinya. Mia Adriana bagaikan lupa, hidup ini ibarat putaran roda, satu waktu keangkuhan dan kesombongan itu akan memamah dirinya sendiri. Berdoalah, di kala keinsafan menjelma nanti, cinta lelaki bernama Khuzairi ini belum terpadam lagi buat dirinya.


Mia Adriana seorang peguam dan mempunyai firma guamannya sendiri bersama ayahnya Dato Megat Idrus. Mia telahpun bertunang dengan sepupunya sendiri Khalil (Ungku Hariz). Namun kerana terlalu percaya pada tunangnya, Khalil, Mia Adriana telah menyebabkan ayahnya muflis. 


Khalil tidak hadir pada malam pernikahan mereka, sebaliknya Khalil menikahi Rita kerana duit. Dato Megat yang diserang sakit jantung, meminta Khuzairi untuk menjadi menantunya. Demi menutup malu, Mia sanggup berkahwin dengan Khuzairi walaupun mengganggap Khuzairi kekampungan dan kolot.

Bermulanya kehidupan baru Mia Adriana bersama Khuzairi di kampung. Sepanjang berada di kampung, Mia Adriana memang menjadi kebencian Mak Leha, mak tiri Khuzairi. Mak Leha membenci Mia kerana dia memusuhi Puan Hayati. 

Terjadi pelbagai pergaduhan antara Mia, Mak Leha dan Syakilla, tunangan Helmi yang menaruh hati pada Khuzairi. Perhubungan Mia dan Khuzairi juga selalu pasang surut. Khuzairi juga tersepit kerana dia terlalu menghormati Mak Leha sebagai ibu sehingga dia selalu melukakan hatinya sendiri.

Kerana suatu peristiwa, Mia Adriana tersedar bahawa sememangnya dia mencintai Khuzairi sepenuh hati. Dia terlalu merindu anak kecil yang ditinggalkan tanpa melihat rupanya. Namun, cukupkah masa 7 hari itu untuk meraih kembali cinta Khuzairi yang sudah membeku? 

Apakah Pak Samad mampu membela nasib Mia selepas dibuang oleh suami sendiri dalam rumah keluarganya? Tercapaikah hasrat Syakilla untuk menjadi isteri Khuzairi? Dan, apa pula nasib Helmi selepas dihalau keluar oleh Pak Samad selepas dia bersubahat dengan Khalil untuk meracun kambing-kambing Khuzairi? Apakah pekerjaan Khuzairi selain pengembali kambing yang menjadi kegilaan anak-anak gadis kampung?

Saksikan nanti drama 7 Hari Mencintaiku adaptasi dari novel asal karya Siti Rosmizah pada 7 November 2016 di slot Akasia TV3, saluran 103.

Credit to http://www.kbergetar.com/2016/11/drama-7-hari-mencintaiku-lakonan-shukri.html#ixzz4Z6oIGpfP



Khamis, 29 Disember 2016

Kakak To Be

Assalamualaikum... 





Alhamdulillah syukur bila dapat tahu kakakku dah berbadan dua. Sekian lama menunggu hampir 3 tahun, selepas arwah Qayyim Mikael anak syurga meninggal dunia.

Semoga kandungan kakakku sentiasa sihat dan dipermudahkan urusannya sehingga hari kelahirannya nanti. Aaamenn..




Doakan budak kecik ni jadi abang pulak ya..

Abang Harraz..




Rabu, 28 Disember 2016

Kinetic Sand Harraz

Assalamualaikum...

Harini ibu so qexcited sebab dapat parcel daripada Lazada. Kinetic Sand kaler pink lagi untuk anak kecilku. Yelah nak bagi sel-sel otak Harraz ni berhubung dengan lebih pantas Hehehe. 

Hari isnin kelmarin ibu saja cuci mata kat lazada.com nampak pulak kinetic sand ni, murah pon murah RM27 plus RM6 untuk penghantaran oklahkan 2kg tu berat dia. 

Balik rumah terua tebar tikar lepas tu bentang kan drawing paper ayah size AO pastu baru bagi anakanda main. Makanya bergembiralah ibu dan anak serta ayahnya bermain pasir pink. Hebat jugaklah pasir ni boleh buat harraz daripda lapar kepada tak berapa lapar. So sesiapa nak beli bolehlah usha kat Lazada. Cari yang murah aje deh.




Kangkangan anak jantan tu.




Isnin, 26 Disember 2016

Botak Lagi

Assalamualaikum...

Cuti yang panjang kalini, sebab masing-masing kat ofis sibuk nak habiskan cuti tahun termasuklah aku. Tapi cuti bukan boleh suka-suka kena rancang cuti bebetul supaya tak bertembung dengan colleague. 5 hari cuti tu since Friday till Tuesday. 

Weekend aku ajak kakak-kakak dan abang aku datang rumah. So kami jamu diaorang dengan Khabsa Lamb, alhamdulillah cukup semua Tq Along sebab top up spaghetti.

Harini punya aktiviti duduk rumah lagi dan membotakkan Harraz. Memula nak bawak Harraz jalan-jalan Ke Putrajaya tapi disebabkan hujan makanya tak jadilah. Sedih hehehe ibu sedih ke anak yang sedih?? Hehehe mestilah sama-sama sedih sebab tak keluar mana pon dok memerap kat rumah jelah. 





Sabtu, 17 Disember 2016

Happy Harraz

Assalamualaikum . . 

Minggu ni kita jalan-jalan. Tengahari kami gerak ke Dewan MBSA Bukit Jelatang memenuhi undangan perkahwinan officemate husband. 



Siap-siap makan kami pun  beransur pulang .  Ayah dah janji nak bawak kita pergi Aeon Shah Alam.  Yahudi syoknya jalan-jalan.  1st time ke sini dan facilities dia memang A  lah.  Yeah maybe sebab baru.  Sebab aku tengok toilet dia pon bersih,  siap ada toilet untuk ibu dan anak lagi urus.  Ada juga toilet  untuk kanak-kanak too cute hehe. . 


Every floor ada kedai makan..  Meriah betul.  Macam-macam makanan dari pelbagai negara termasuklah Jepun. Jalan punya jalan perut pun lapar so kita makan Tacotau. Lepas makan kita jalan lagi sampailah terserempak kat Kidzoona  niaga.  Makanya kami terjebak menjadi budak-budak. . . 




Bayaran masuk untuk weekend RM17 main sampai lebam. 

P/s: kalau nak main silalah bawak stoking ya. .  Jangan jadi macam iols.  Nanti kena bayar RM4 untuk sock dewasa. 


Bila dah dah issue form terus buat bayaran. Lepas tu kita akan diberi  bakul yang bernombor untuk simpan kasut anda. Rm17 untuk both parents tau. Kalau nak keluar pergi toilet atau solat ok je, janji gilir-gilir. 

























Lepas penat bermain,  kitaorang terus pergi makan tu pon lepas puas pujuk sikecik tu balik...  Sampai kat rumah Harraz tido maybe penat sangat. Main sampai pengsan namanya ni.  Malam tu Harraz demam sikit.  Alhamdulillah semuanya baik -baik sahaja. 






Jumaat, 9 Disember 2016

KWSP : Simpanan Shariah

Alhamdulillah dah selamat tukar ke Simpanan Shariah. Credit to HR Dept. sebab memudahkan urusan kami staff di SDP.







p/s: Harini birthday arwah mak yang ke-67. Alfatihah Buat arwah mak Hjh. Hariah Binti Hussin



Rabu, 7 Disember 2016

Bila Baby Datang Ofis

Assalamualaikum...

#Isnin #5122016

Baby Nur Tiara Jelita aka #babyTJ datang ofis kejab, so dapatlah jumpa mummy Baby Juwita ni. Sedap sangat nama babynya, sama macam omaknya. semoga Baby Tiara membesar jadi anak yang solehah. Tahniah jugak kepada Juwita dan suami.









Power Pucchi Girl

Assalamualaikum....

#Jumaat #2122016

Memandangkan hari jumaat adalah dress-down day (boleh berpakaian kasual) jadi kami sepakat nak pakai baju demim company. kebetulan khamis tu ada kawan jual bawal pucci so kami pon secara berjemaah mengenakan bawal. Bila dah pakai sama apalagi melaramlah uolsss..














Kalau Sudi Kliklah Sini