Isnin, 5 Disember 2016

Masak Makan Makan Dan Makan

Assalamualaikum... 

Minggu ni memang mood memasak aku menjelma secara tiba-tiba. Daripada pagi sabtu bangun dengan si kecik Harraz tu, asyik minta 'ibu nak eSpor..ibu..' espor tu PS4 ni semua pengaruh apaknya le ni. Layankan budak kecik tu kejab bagi dia makan roti n air suam, aku pon bersilatlah kat dapur. maka terhasillah jemput-jemput ikan bilis aku. minggu ni je 2 kali aku buat churos malaysia ni. 

Tengahari pulak aku masak maggi ketam. Ekceli mamee ketam hehhee.. yang ni laki aku suka sebab menu lain daripada yang lain. yelah selalu masak sambal ikan, asam pedas, makan mee keju, oglio olio ooooo. kali ni kita makan maggi ketam eh mamee ketam pulak. alhamdulillah kenyang.

Untuk minum petang pulak aku buat kuih keria. Ya Allah ape kena aku ni..rajin nau-nau pulak.. alhamdulillah ada kederat nak masak bagi laki dan anak makan. bila buat tu..husband kata gunalah gula melaka or merah.. aku cakap mana nak cari..kalau rajin pergi lah beli. Huhuhu tak beli pon
 makan jelah apa yang ada. Kuih ok cantik sira pon elok jadi..cumanya aku terlebih letak tepung. tak pelah next time cuba lagi in shaa allah tahun depan hihi.

Untuk menu makan malam pulak special.  Husband bawak kami makan kat luar. sebab haritu aku ada cakap teringin nak makan sate kajang. Alhamdulillah dapat makan kenyang  tq abang. Kami makankat Sate Kajang Hj. Samhuri @ Uptown Damansara. Masa Harraz tido, penat sangat main kat taman kot.

Ahad.

Sarapan pagi husband punya turn pulak. Husband buat redbean dengan sosej masak dengan sos campak-campak siap. kami makan kuah tu bersama roti. 

Tengahri pulak aku masak simple je. masak awal senang petang boleh rest. maka terjadilah resepi sambal tumis bilis petai, ayam goreng ala-ala kepci dan sayur campur. sayur campur tu aku buat kuah lebih sikit sepaya anak kecil boleh join makan sekali.

Petang
Husband yang tetiba sakit tengkuk petang tadi, lepas je makan ubat mandi aolat dan dia terua keluar tapaukan rojak, pisang goreng dan kopok lekor. suka sangat Harraz makan kopok lekor. sebenarnya tujuan utama nak keluar tu cari ABC air batu campur.

Malam ni aku busy menggosok baju. makanya malam punya dinner repeat makan lauk siang tadi jelah. Si Harraz prtang tadi sampai tak larat nak makan, nasib baik ayah rajin suap kan. Tq ayah.  kami berdua sayangkan ayah. love u muah muah muah...









Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Kalau Sudi Kliklah Sini