Rabu, 13 April 2016

BoboiBoy Harraz

Assalamualaikum...

Yeah Harrazzaman dah dapat beg baru, beg Boboiboy. Ayah Harraz belikan untuk kakak Aleeya sekali. Seronok bebudak ni dapat beg baru.



Hehehe beg lebih besar daripada tuannya.

Ahad, 10 April 2016

Musim Panas

Assalamualaikum...

Rambut sama hitam tapi hati lain-lain. Depan cakap lain belakang cakap lain. Ya Allah jauhkanlah aku daripada anasir-anasir jahat atau dalam erti kata yang lain 'Parasit'. Sifat sampai menyampai ni sangat bahaya. Ibarat pengadu domba. Melaga-lagakan orang. Allahuakbar minta dijauhkan. Yang menerima cerita pulak telan-telan satu-satu cerita dari si parasit tanpa berfikir secara rasional. Kadangkala kita ni kenalah muhasabah diri, kita ni manusia bukannya sesempurna Rasulullah. Cuba rewind balik apa keburukan yang kita telah buat?? Cuba ingat balik. Bukan bangga dengan apa yang kita dah buat.

Andai kata balasan yang kita dapat tidak setimpal dengan apa yang kita lakukan, janganlah menuding jari dekat orang atasan. Muhasabah diri anda. Allah dah kurniakan kita mak ayah, suami, anak-anak dan adik beradik yang mengasihani kita. Mungkin kita rasa kita ni dah cukup sengsara.tapi sebenarnya kita tak perasan yang sebenarnya ada lagi insan yang lemah daripada kita.

Dalam bab kerja pulak, jujur aku akui ada jugak merungut, membentak kononnya sibuk sangat kerja.. Sedangkan sebelum ni kita dah puas rehat...manusiakan mana ingat semua tu...setakat ni Aku selesa berada di tempat yg aku ada sekrang. Biarlah orang kata aku ni tak bercita-cita tinggi sekalipon. Aku tahu di mana level aku berada. Dan tak de niat pon nak caras orang. Sepanjang aku kerja 6 tahun di SDP ni..tak pernah aku meminta lebih... Aku terima apa yang orang atasan bagi. Bagi aku dieorang lah yang layak menilai kerja aku..bukan kita yang menilai diri sendiri.

Alhamdulillah aku bersyukur dengan apa yang aku ada.sekarang.walaupun gaji aku ciput je. Tapi alhamdulillah Rezeki kat husband dimurahkan Allah... Nampak tak..Allah tu maha Adil. Diambilnya mak kesayanganku lalu digantikan pula dengan permata hati Muhammad Harrazaman yang sihat walafiat.


Harraz Botak Lagi

Assalamualaikum.

Semenjak musim panas ni..Harraz asyik garu kepala je. Kesian calar balar kepala dia. Mesin cukur rambuat ayah pon dah sampai. Beli kat Lazada je.. So apa lagi kasi trimm lah... Menangis-nangis dia takotkan mesin tu. Sabar jelah anak bujang sorang ni.






Ni gambar 2 minggu lepas..sebenarnya dah potong rambut Harraz.



Yang ni palimg latest iaitu harini. Habis licin rambut dia kami potong
.nasib keadaan terkawal..

Kat bawah ni cerita malam tadi. Nak sangat pakai tudung ibu kan..








Ahad, 3 April 2016

Doa Selamat & Housewarming Rumah Mak Su

Assalamualaikum... 

Seharian kami satu family berkumpul kat rumah Mak su Linda. Mak Su Ni adik beradik dengan Mil aku. Kalau ikutkan rumah yang dia duduk ni dah hampir 2 tahun. Tapi baru semalam berkesempatan. Rumah dia bebetul kat sebelah MRR2 dekat Taman Melati, PV2 condominiums. Cantiklah lahai rumah walaupun simple.. Luas rumah dia. Makanya penuhlah sedara mara belah MIL. Almost semua siblings mil datang, termasuklah Atok Safi, moyang Harraz yang didatangkan khas dari Parit Jawa, Muar Johor. Meriah nau nau. 

Kebetulan hari yang sama Acu Harraz, adik bongsu kepada husband punya Birthday.  Makanya buat-buatlah potong kek kenduri tu.. Happy Birthday to you Acu Ika, semoga berjaya dalam bidang yang diceburi dan cecepat kahwin. Tazabar nak makan kenduri hehehhe..



















Keisya..anak cousin husband


Harraz denagn cousinnya baby Thaqif






 Harraz with his little uncle...anak mak su
Tine ni kami nak gerak balik Sunway, before gerak nak singgah kat Clubhouse PV2 ni.. Syoklah bawak Harraz main Playground..  Dapatlah main dekat 20 minit. Petang panas sangat nak main.








On the way balik kami singgah tapau makanan di Murni Discovery, SS2 PJ.

Kalau Sudi Kliklah Sini