Rambut sama hitam tapi hati lain-lain. Depan cakap lain belakang cakap lain. Ya Allah jauhkanlah aku daripada anasir-anasir jahat atau dalam erti kata yang lain 'Parasit'. Sifat sampai menyampai ni sangat bahaya. Ibarat pengadu domba. Melaga-lagakan orang. Allahuakbar minta dijauhkan. Yang menerima cerita pulak telan-telan satu-satu cerita dari si parasit tanpa berfikir secara rasional. Kadangkala kita ni kenalah muhasabah diri, kita ni manusia bukannya sesempurna Rasulullah. Cuba rewind balik apa keburukan yang kita telah buat?? Cuba ingat balik. Bukan bangga dengan apa yang kita dah buat.
Andai kata balasan yang kita dapat tidak setimpal dengan apa yang kita lakukan, janganlah menuding jari dekat orang atasan. Muhasabah diri anda. Allah dah kurniakan kita mak ayah, suami, anak-anak dan adik beradik yang mengasihani kita. Mungkin kita rasa kita ni dah cukup sengsara.tapi sebenarnya kita tak perasan yang sebenarnya ada lagi insan yang lemah daripada kita.
Dalam bab kerja pulak, jujur aku akui ada jugak merungut, membentak kononnya sibuk sangat kerja.. Sedangkan sebelum ni kita dah puas rehat...manusiakan mana ingat semua tu...setakat ni Aku selesa berada di tempat yg aku ada sekrang. Biarlah orang kata aku ni tak bercita-cita tinggi sekalipon. Aku tahu di mana level aku berada. Dan tak de niat pon nak caras orang. Sepanjang aku kerja 6 tahun di SDP ni..tak pernah aku meminta lebih... Aku terima apa yang orang atasan bagi. Bagi aku dieorang lah yang layak menilai kerja aku..bukan kita yang menilai diri sendiri.
Alhamdulillah aku bersyukur dengan apa yang aku ada.sekarang.walaupun gaji aku ciput je. Tapi alhamdulillah Rezeki kat husband dimurahkan Allah... Nampak tak..Allah tu maha Adil. Diambilnya mak kesayanganku lalu digantikan pula dengan permata hati Muhammad Harrazaman yang sihat walafiat.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan