Saja nak update pasal kereta Baru Harraz, lama dah pasang niat nak belikan kereta mainan alhamdulillah tercapai hajat. tak tahulah mahal ke murah? tapi kata sale gales tu Rm79 kurang-kurang RM 75.
Jumaat, 15 Julai 2016
Kereta Baru Harraz
Assalamualaikum...
Saja nak update pasal kereta Baru Harraz, lama dah pasang niat nak belikan kereta mainan alhamdulillah tercapai hajat. tak tahulah mahal ke murah? tapi kata sale gales tu Rm79 kurang-kurang RM 75.
Saja nak update pasal kereta Baru Harraz, lama dah pasang niat nak belikan kereta mainan alhamdulillah tercapai hajat. tak tahulah mahal ke murah? tapi kata sale gales tu Rm79 kurang-kurang RM 75.
Selasa, 12 Julai 2016
Drama Pilihan Ramadan 2016: Satu Cinta
Assalamualaikum...
Harini saja nak cerita pasal cerita yang aku layan masa bulan puasa lepas. Setiap kali tunggu berbuka cerita nilah yang aku layan. Aku rasa kat ofis tu aku sorang je layan cerita ni, sebab bila aku tanya semua tak tengok pun (hmmmm kesian). Yelah drMa RTM kan sapalah yang layan. Drama ni aku tunggu gak bila nak tayang, sebab selalu stalked kat IG Fiza Elite shooting, siap jadi gossip lagi sebab fiza pakai tudung tak sempurna menutup auratnya. Almaklumlah peminat sayang dia kan..
Cerita ni diterbitkan oleh JS Pictures. Aku tertarik nak tengok cerita satu sebab jalam cerita yang menarik dan JS pictures punya produs. Ialahkan JS kalau buat drama memang best sangat. Menyentuh perasaan dan taklah over benau. Kira kalau bagi 🌟 aku bagi 8/10 lah.
Nak bagi sinopsis aku malas, jadi aku pon copylah kat Budiey punya website SINI. So jomlah baca sinopsisnya.
Konflik hubungan yang dingin dirasai oleh seorang ibu bersama anak-anaknya yang sentiasa sibuk dengan kerjaya masing-masing. Lantas dia menumpang kasih dengan orang gaji bersama anaknya yang mula dianggap seperti keluarga sendiri kerana sentiasa mengambil berat tentang dirinya.
Seorang anak kandungnya yang juga seorang janda berasa cemburu dan iri hati dengan situasi tersebut dan melakukan pelbagai cara dan fitnah untuk memburukkan reputasi orang gaji tersebut dan anaknya.
Lahir bibit percintaan antara cucu lelakinya dengan anak perempuan orang gaji tersebut yang dihalang akibat perbezaan taraf hidup. Pelbagai cabaran dan dugaan berlaku di sepanjang kehidupan mereka dari zaman kanak-kanak sehinggalah meningkat dewasa.
Drama Bersiri SATU CINTA Terbaharu Lakonan Dayana Roza dan Azrel Ismail Sepanjang Ramadan Ini di TV1
Kisah menarik ini melatari drama bersiri terbaharu bertajuk “Satu Cinta” yang menjadi tarikan penonton Radio Televisyen Malaysia (RTM) sepanjang Ramadan ini yang disiarkan mulai 10 Jun ini, setiap hari, pukul 7.00 malam menerusi TV1.Drama 30 episod arahan Jamal Khan dan terbitan JS Pictures ini menampilkan gandingan pelakon Dayana Roza, Azrel Ismail, Sasqia Dahuri, Hafeez Mikail, dan Fiza Abdul Halim.
Ia mengisahkan Nek Yam yang tinggal serumah dengan anaknya, Zailan dan isterinya Yati juga anaknya, Faris dan Naina. Zila, anak perempuan Nek Yam seorang ibu tunggal tinggal berasingan dengan Nek Yam mempunyai anak iaitu Airin. Malang bagi Nek Yam apabila dua anak kandungnya itu seringkali mengabaikannya. Tinggallah dia menumpang kasih dengan orang gajinya, Fauziah dan anaknya Umairah. Hubungan mereka begitu rapat dan menimbulkan kemarahan Zila.
Masa berlalu Faris, Naina, Airin dan Umairah meningkat dewasa. Nek Yam berkenan mahu menjodohkan Faris dengan Umairah. Namun tindakannya ditentang keras oleh Zila dan Yati yang telah dihasut oleh iparnya itu. Mereka menganggap Umairah tidak setaraf dengan Faris berasal dari golongan berada. Nek Yam tidak peduli dan dia menyuruh Zailan mendaftarkan Umairah belajar di kolej yang sama dengan cucu-cucunya.
Umairah sering menjadi mangsa buli Zila dan Airin. Begitu juga ibunya Fauziah yang sentiasa menerima makian dan hinaan Zila dan Yati. Sebaliknya Zailan simpati dengan keduanya. Yati mula cemburukan Fauziah. Zila pula menyuruh Airin menggoda sepupunya Faris untuk mengaut harta Zailan. Pelbagai cara digunakan Airin namun cinta Faris hanya untuk Umairah.
Kematian Nek Yam membuatkan Zila dan Yati semakin galak mengerjakan Fauziah. Fauziah pula kecil hati dengan Umairah yang dianggap tidak mengikut cakapnya kerana masih berhubungan baik dengan Faris. Kehadiran Irfan yang menarik perhatian Naina digunakan Zila untuk merosakkan hubungan Umairah dan Faris. Namun hubungan keduanya tetap utuh apatahlagi ia amanat terakhir arwah Nek Yam supaya mereka berdua berkahwin.
Keadaan bertambah buruk bila terbongkar rahsia Umairah merupakan anak luar nikah Fauziah yang telah dirogol oleh bapa Irfan, Syed Karim yang merupakan bekas tunang Zila. Perkara itulah yang membuatkan Zila berdendam dengan Fauziah.
Cuba lari daripada situasi yang cukup tertekan, Fauziah dan Umairah berpindah daripada rumah tersebut. Mereka cuba memulakan kehidupan baharu. Faris cuba mencari Umairah namun usahanya sia-sia. Adakah kekuatan cinta mampu menyatukan kedua-duanya?
Sabtu, 9 Julai 2016
Khamis, 7 Julai 2016
Rabu, 6 Julai 2016
Raya 2016: Parit Jawa, Muar
Assalamualaikum...
Tahun ni kami sekeluarga berhari raya di Parit Jawa, kampung sebelah MIL. Bagi aku walaupun beraya belah mentua, aku tetap rasa seronok sebab family belah suami sangatlah ramai tambah-tambah pulak atok (nenek) ada lagilah seronok.
Tahun ni sempatlah aku berbuka puasa dengan family kat Kuala Linggi. Sebelum tu aku dan kakak sibuk menyediakan lauk untuk hari raya esoknya hari raya. Sempat gak aku tolong kakak memasak rendang ayam cili padi dan kari daging. Tapi dugaan memasak dengan cuaca yang panas terik memang menguji kesabaran orang berpuasa 😂.
Lepas siap masak dan berbuka. Kami bersiap balik bertolak ke Muar. Sempatlah bermaafan dengan ayah. Sedih pulak tengok ayah huhu. Tak pe ayah, raya ke 3 kita balik Kuala Linggi semula. Dalam 11.30 kami selamat sampai di Muar. Alhamdulillah..
Sampai ke Muar sedara-mara sedang sibuk menyediakan makanan untuk esoknya. Aku duduklah sekejab kat Homestay Pak Shim. Kami berhari raya kat sini je..masa tido plak ke rumah Atok, kat Homestay ramai orang, mujur kat rumah atok tak ada orang.
Jom layan gambar-gambar kami sekeluarga:-
Sabtu, 2 Julai 2016
Berbuka Di Mana?
Assalamualaikum...
Berbuka di Ruz Aladin Beriyani Gam Johor, bersama ipar duai. Tahun ni sekali je kami berbuka kat luar. Alhamdulillah ada gak rezeki buka kat sini. Ramai pulak retis berbuka sama, Uqasha Senrose, Remi Ishak, Aida Khalida dan Rizzamin. Rasanya diaorang berbuka bersama team produksi lettu. Lepas solat maghrib semua dah tak de, so xde lah can nak bergambar.. Tak rugi pun ka? Hehhe
Saje nak tepek gambor je pon:-
Berbuka di Ruz Aladin Beriyani Gam Johor, bersama ipar duai. Tahun ni sekali je kami berbuka kat luar. Alhamdulillah ada gak rezeki buka kat sini. Ramai pulak retis berbuka sama, Uqasha Senrose, Remi Ishak, Aida Khalida dan Rizzamin. Rasanya diaorang berbuka bersama team produksi lettu. Lepas solat maghrib semua dah tak de, so xde lah can nak bergambar.. Tak rugi pun ka? Hehhe
Saje nak tepek gambor je pon:-
Lepas buka kami terus ke rumah kak Long aku nak ambil barang, turun je kat bawah nampak pulak Butik Omar Ali, jadinya terbelilah samping Harraz yang beharga Rm21.
Ni Pic dihari lain..minta dia acu baju...dia minta nak pakai dengan seluar sekali..pamdai betul nak melaram anak aku ni.
Langgan:
Catatan (Atom)
Kalau Sudi Kliklah Sini
Label
Aidil Adha
(1)
Aidil Adha 2016
(1)
Aqiqah
(1)
Bajet dak_ani
(5)
Birthday
(6)
Blackout
(2)
Blood Test
(1)
Cikgu Aini
(1)
Dec dak_ani
(1)
Demam
(2)
Drama Pilihan
(5)
Dulu-dulu
(2)
Fairuzani
(16)
Family
(49)
Food
(20)
Game
(1)
Hadiah
(1)
Hijau
(1)
Honeymoon
(5)
Hospital Sg. Buloh
(3)
Ibu
(1)
Iftar2016
(1)
IKEA
(3)
Kacang Pool Haji
(1)
Kuala Linggi
(8)
LongchampNeo
(1)
Muhammad Harrazaman
(44)
Office Event
(6)
PLKN
(1)
Sahabat
(1)
Satu Cinta
(1)
SDP Event
(6)
SDP Friends
(20)
SMKR
(1)
Takziah
(1)
Training
(2)
Travel
(8)
Wayang
(1)
Wedding
(5)
weekends
(3)