Rabu, 6 Julai 2016

Raya 2016: Parit Jawa, Muar

Assalamualaikum...

Tahun ni kami sekeluarga berhari raya di Parit Jawa, kampung sebelah MIL. Bagi aku walaupun beraya belah mentua, aku tetap rasa seronok sebab family belah suami sangatlah ramai tambah-tambah pulak atok (nenek) ada lagilah seronok.

Tahun ni sempatlah aku berbuka puasa dengan family kat Kuala Linggi. Sebelum tu aku dan kakak sibuk menyediakan lauk untuk hari raya esoknya hari raya. Sempat gak aku tolong kakak memasak rendang ayam cili padi dan kari daging. Tapi dugaan memasak dengan cuaca yang panas terik memang menguji kesabaran orang berpuasa 😂.


Lepas siap masak dan berbuka. Kami bersiap balik bertolak ke Muar. Sempatlah bermaafan dengan ayah. Sedih pulak tengok ayah huhu. Tak pe ayah, raya ke 3 kita balik Kuala Linggi semula. Dalam 11.30 kami selamat sampai di Muar. Alhamdulillah.. 

Sampai ke Muar sedara-mara sedang sibuk menyediakan makanan untuk esoknya. Aku duduklah sekejab kat Homestay Pak Shim. Kami berhari raya kat sini je..masa tido plak ke rumah Atok, kat Homestay ramai orang, mujur kat rumah atok tak ada orang.

Jom layan gambar-gambar kami sekeluarga:-






























Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Kalau Sudi Kliklah Sini