Rabu, 17 Ogos 2016

Dinner I Lapar Cafe

Assalamualaikum....

Baru lepas balik kerja. Sempatlah singgah dinner di ILapar Cafe Ara Damansara tadi.
Sekali sekala nak merasa makan kat cafe hipster macam ni.  Makanan okeylah tapi tak banyak  pilihan menu sangat, maybe sebab baru kot. Istimewanya cafe ni maybe sebab tempat makan dia yang santai.  Sesuai untuk kekawan nak bersantai.  Tapi untuk aku yang ada Harraz ni better duduk makan kat dalam jelah.



























Selasa, 16 Ogos 2016

Puqcyx With His New.....

Assalamualaikum..

Harini ayah Harraz dah terima parcel from Lazada. Semalam order harini terus dapat, hebat betul. Okey nak cerita ni sebab buat kenang-kenangan orang beli PS4 lah katakan, minta belikan iphone Se tak bagi. Rupanya dia nak beli PS4, bengang je aku.






Sedapnya Musang King

Assalamualaikum...

Husband bagi surprised harini. Hadiahkan musang King. Tq sayang.


Pahit tapi sedap


Lepas makan minum air suam 2 cawan dan tido. Bangun tido tekak rasa sakit macam.. Mana taknya 2 biji aku tala sorang.. Alhamdulillah

Rabu, 3 Ogos 2016

Tak Masak

Assalamualaikum...

Harini hari kami malas nak masak. Husband ajak makan luar, seronok tapi penat sikitlah sebab esok kena kerja. Kebetulan husband nak bayar duit rumah so kami ke Uptown Damansara. Dah lama tak makan kat Uptown Food Court. Menu dalam kepala ni nak makan steak, bila sampai kat Lanun Steak terus order Lamp Chop 'manyak sedap wooo... Puas makan harga pun berpmmatutangğ (Rm16 Lamb Chop puas makan. Gambar tak sempat nak snap sebab busy jaga Harraz.










Isnin, 1 Ogos 2016

SD Raya 2016

Assalamualaikum...

Jumaat lepas company tempat aku kerja ni telah pon mengadakan sesi menambah berat badan hehehe, Open House Raya lah (29-07-2016) . Alhamdulillah rezeki jangan ditolak musuh jangan dicari iya dak. Kami pergi sebuah kereta MPV milik Pn Juliana. Terima kasih Kak Jue sebab sudi bawa kami ya ng tak malu ni hehehe....

Marilah melayan Gambar kami yang perasan cantik ni hehehe...

















Pot Luck Raya-Credit 2016

Assalamualaikum...

Harini department aku ada buat Potluck Raya. so aku seperti tahun-tahun yang sudah menyumbangkan air tangan aku untuk masak redang ayam cili padiku. Kebetulan semalam nak dijadikan cerita babysitter Harraz tetiba Whatsapp kata dia masih di Ipoh, so dia minta cuti dan boleh hantar Harraz semula pada hari selasa (sabor jelah). Sudahnya aku pon ajak ayah Harraz pergi ofis kejab untuk settlekan surat urgent nak keluar harini. datang ofis pukul 9.30malam kot. nasib baik laki aku rajin nak bawak, yelah nak minta dia jaga Harraz macam kesian jugak dekat dia. yelah siap ingatkan aku lagi, kalau isnin dia cuti makanya aku owe dia 2 hari tau.

Jam 10 malam aku dah siap kemas file dan surat pon siap kami pon balik. Bila bagitahu member yang aku terpaksa cuti harini, diaorang kata bawaklah Harraz sekali. Maka bangunlah anak ku bersiap ikot ibunya ke Ofis dengan membawa sebekas rendang ayam tua. Alhamdulillah Harraz baik sangat dalam kereta, bagus anak ibu... I Love you sayang.

Bila sampai ofis kemain gembira lagi si Harraz. Dia buat ofis tu macam mak dia yang punya. Padahal bos ada tu. Lama jugaklah dia duduk kat ofis tu.. ingat nak fullday cuti, tapi disebabkan ibu datang buat kerja so ibu apply cuti 1/2 day jelah.

Kesian kawan-kawan aku, yelah buat majlis tapi aku tak dapat nak tolong. mengejar anak kat ofis pon dah semput. 12.30pm aku pon balik, si Harraz yang dari pagi sampai tengahri tak berhenti main, bila ,asuk dalam kereta, mata dah layu.. Sampai je kat area Stesen LRT Glenmarie dia pon tido (penat sangat lettew). Murah rezeki Harraz, datang ofis dapat duit raya, Terima Kasih, pak cik-pak cik heheh  ehh mak cik Samad pon bagi Harraz duit Raya tau. (sebenarnya dia PAK CIK tapi mengaku diritu MakCIK ok sabor jelah)

   















Kalau Sudi Kliklah Sini