Isnin, 1 Ogos 2016

Pot Luck Raya-Credit 2016

Assalamualaikum...

Harini department aku ada buat Potluck Raya. so aku seperti tahun-tahun yang sudah menyumbangkan air tangan aku untuk masak redang ayam cili padiku. Kebetulan semalam nak dijadikan cerita babysitter Harraz tetiba Whatsapp kata dia masih di Ipoh, so dia minta cuti dan boleh hantar Harraz semula pada hari selasa (sabor jelah). Sudahnya aku pon ajak ayah Harraz pergi ofis kejab untuk settlekan surat urgent nak keluar harini. datang ofis pukul 9.30malam kot. nasib baik laki aku rajin nak bawak, yelah nak minta dia jaga Harraz macam kesian jugak dekat dia. yelah siap ingatkan aku lagi, kalau isnin dia cuti makanya aku owe dia 2 hari tau.

Jam 10 malam aku dah siap kemas file dan surat pon siap kami pon balik. Bila bagitahu member yang aku terpaksa cuti harini, diaorang kata bawaklah Harraz sekali. Maka bangunlah anak ku bersiap ikot ibunya ke Ofis dengan membawa sebekas rendang ayam tua. Alhamdulillah Harraz baik sangat dalam kereta, bagus anak ibu... I Love you sayang.

Bila sampai ofis kemain gembira lagi si Harraz. Dia buat ofis tu macam mak dia yang punya. Padahal bos ada tu. Lama jugaklah dia duduk kat ofis tu.. ingat nak fullday cuti, tapi disebabkan ibu datang buat kerja so ibu apply cuti 1/2 day jelah.

Kesian kawan-kawan aku, yelah buat majlis tapi aku tak dapat nak tolong. mengejar anak kat ofis pon dah semput. 12.30pm aku pon balik, si Harraz yang dari pagi sampai tengahri tak berhenti main, bila ,asuk dalam kereta, mata dah layu.. Sampai je kat area Stesen LRT Glenmarie dia pon tido (penat sangat lettew). Murah rezeki Harraz, datang ofis dapat duit raya, Terima Kasih, pak cik-pak cik heheh  ehh mak cik Samad pon bagi Harraz duit Raya tau. (sebenarnya dia PAK CIK tapi mengaku diritu MakCIK ok sabor jelah)

   















Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Kalau Sudi Kliklah Sini