Ahad, 18 September 2016

JJCM Malaysia Day

Assalamualaikum...

Syoknya cuti 3 hari.. Tapi lagi syok bila husband bawak makan kat luar sambil cuci mata hehehe...

Harini dapur cuti, so husband bawak bawak kitaorang pergi makan Seoul Garden, kali kedua dalam bulan ni rasanya makan kat sini. Haritu makan masa 6/9/16 lepas balik dari Hospital Sg. Buloh. Tapi kali ni syok sikit sebab Harraz behave sangat. Makan pun banyak sebab last time kami order sup tom yam pedas tu yang kesian kat Harraz nak makan pedas. So this time kita minta 🐣 soup pulak.

Alhamdulillah perut kenyang husband ajak pergi cari t-shirt kat Brand Outlet. Oklah baju 3 Rm50, aku ingatkan naklah pau belikan beg duit sekali Harraz yang dapat. Huhu tak pelah ibu beralah nanti time bonus ibu pulak supink..




















Selasa, 13 September 2016

Lunch at Crave

Assalamualaikum...

Saja nak update tadi masa lunch kami teringin nak ubah selera, so kita decide nak makan dekat Crave. Penah je makan kat sini setahun tu adalah sekali kot. Tapi kat sini aku suka makan Nutella Crepe sedap.











Isnin, 12 September 2016

Aidil Adha 2016 Di Kuala Linggi

Assalamualaikum...

Alhamdulillah seronok raya haji tahun ni. Meriah sebab ramai balik, kecuali family abamg Iman aku je (kena kerja).

Walaupun cuti raya tak panjang tapiveasa pyas bercuti. Sempat jugak berjalan ke Ayer Keroh, bawak Maisarah makan nasi Arab dan beli makanan untuk nak sambut birthday Nurul Hazwani 12/09/2016 yang ke 8 Tahun... Seronok benor budak-budak ni tiup lilin termasuklah anak aku si Harraz tu..





Birthday girl bajuvputih..kemain pandai ambil gambar ala2 candid 

 

Subuh Hari Raya




Harraz makan roti jala banyak sangat.. Nanti ibu buat lagi ok..



Kebetulan Syaqil sambut Birthday sama dengan Wani..tapi sambut di tempat yang berbeza..di Bukit Subang




Time ni on the way ke Ayer Keroh





Ni masa hari sabtu otw balik ke kampung



Sabtu, 3 September 2016

Balik Kampung Express

Assalamualaikum... 

Harini balik kampung sebab memenuhi jemputan kahwin saudara. Aku balik dengan kak Long dan anak-anaknya 3 orang. Seronok jugak sekali sekali balik dengan Along teringat zaman bujang-bujang dulu selalu follow along balik kampung...

Owh rindunya dekat arwah mak. Seronok sangat kalau arwah mak ada waktu-waktu macamni.. Seronok sebab dulu masa zaman aku sekolah mak memang bekerja dekat chalet pak din dan Cik Timah. Dulu kalau kitaorang adik beradik memang selalu tolong mak kemas chalet. Mengemas, tolong masak, tolong mak basuh cadar semua. Bila kenang zaman dulu, selalu merungut nak tolong mak. Sekarang baru sedar apa yang arwah buat dulu semua untuk kesenangan kami adik beradik.  Kalau kenang kan tenaga mak bekerja dulu, ya Allah kuatnya mak aku. Aku pon tak sekuat mak.. Rindu mak...

Panjang pulak cerita.. 

Berbalik cerita pasal wedding anak Pak Dim dan Cik Timah ni, meriah sangat majlisnya almaklumlah anak bongsu.. Pendek kata macam-macam ada masa majlis resepsi mempelai. meriah sangat..


Kesian Tonsil rupanya sayang ibu ni. Bila balik kampung alhamdulillah elok pulak demamnya. Anak oh Anak.

Khamis, 1 September 2016

Blood Test Harraz

Assalamualaikum... 

Musim hujan sekrang ni. Harraz pun since jumaat lepas dia demam dedo macamtu. Bagi ubat alhamdulillah sihat, tapi semalam hati Merdeka dedo dia datang balik. Bagi dia makan ubat demam kebah sikit. Sempat lagi bawak dia dinner kat Chicken Texas di Uptown Damansara. Harraz nampak ok lagi tapi biasalah seleranya kurang, tapi naget 5 ketul habis. Pergi makan luar pun sebab teman ayahnya pergi bank nak bayar hutangggg.

Malam dalam jam 10.30am sampai rumah tapi Harraz nampak dah tak ceria selalu. Malam tido pun nak menyusu melekap kat ibu je. Pukul 1.30am aku rasa badan Harraz kemain panas. Cecepat ambil thermometer, suhunya 41 Celsius panas betul. Aku apa lagi gegor ayahnya, ambil ubat buntut sumbat. Baju dia aku buka dan lap dengan tuala basah alhamdulillah turun panasnya.

Pagi aku dan suami decide nak bawak dia pergi Klinik Kesihatan Taman Medan untuk buat blood test, risaulah sekarang ni kan musim hujan nyamuk pun banyak so better check darah. 

Tunggu punya tunggu dengan perasaan yang berdebor-debor, memgantuk dan sakit hati sebab lambat. Akhirnya no 1119 pun naik. Jumpa doktor lak macam rupa Ex Boss aku Mr Jacob hehehe. Alhamdulillah doktor cakap darah dia ok, fuhhh lega. Tapi lepas balik dari klinik Harraz muntah pulak, maybe sebab perut dah masuk angin agaknya..kesian dia dah lah kena cucuk amek darah pastu tunggu lama pulak tu. 

Kadang-kadang tak faham dengan Klinik Kerajaan ni... Kenapa baby 1 year je diberi ke. Apa bayi umur 2 tahun ni dah cukup sabar ke nak menunggu giliran. KKM silalah buat penambahbaikan lagi service anda, kita rakyat marhain ni bayar cukai tau. Sekian keluhan saya buat harini. 

Bubur Harraz pun dah siap. Harraz dah siap mandi dan makan ubat, sekrang masa untuk mendodoikan anak sayang ni. Ok bye.
















Kalau Sudi Kliklah Sini