Khamis, 1 September 2016

Blood Test Harraz

Assalamualaikum... 

Musim hujan sekrang ni. Harraz pun since jumaat lepas dia demam dedo macamtu. Bagi ubat alhamdulillah sihat, tapi semalam hati Merdeka dedo dia datang balik. Bagi dia makan ubat demam kebah sikit. Sempat lagi bawak dia dinner kat Chicken Texas di Uptown Damansara. Harraz nampak ok lagi tapi biasalah seleranya kurang, tapi naget 5 ketul habis. Pergi makan luar pun sebab teman ayahnya pergi bank nak bayar hutangggg.

Malam dalam jam 10.30am sampai rumah tapi Harraz nampak dah tak ceria selalu. Malam tido pun nak menyusu melekap kat ibu je. Pukul 1.30am aku rasa badan Harraz kemain panas. Cecepat ambil thermometer, suhunya 41 Celsius panas betul. Aku apa lagi gegor ayahnya, ambil ubat buntut sumbat. Baju dia aku buka dan lap dengan tuala basah alhamdulillah turun panasnya.

Pagi aku dan suami decide nak bawak dia pergi Klinik Kesihatan Taman Medan untuk buat blood test, risaulah sekarang ni kan musim hujan nyamuk pun banyak so better check darah. 

Tunggu punya tunggu dengan perasaan yang berdebor-debor, memgantuk dan sakit hati sebab lambat. Akhirnya no 1119 pun naik. Jumpa doktor lak macam rupa Ex Boss aku Mr Jacob hehehe. Alhamdulillah doktor cakap darah dia ok, fuhhh lega. Tapi lepas balik dari klinik Harraz muntah pulak, maybe sebab perut dah masuk angin agaknya..kesian dia dah lah kena cucuk amek darah pastu tunggu lama pulak tu. 

Kadang-kadang tak faham dengan Klinik Kerajaan ni... Kenapa baby 1 year je diberi ke. Apa bayi umur 2 tahun ni dah cukup sabar ke nak menunggu giliran. KKM silalah buat penambahbaikan lagi service anda, kita rakyat marhain ni bayar cukai tau. Sekian keluhan saya buat harini. 

Bubur Harraz pun dah siap. Harraz dah siap mandi dan makan ubat, sekrang masa untuk mendodoikan anak sayang ni. Ok bye.
















Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Kalau Sudi Kliklah Sini