Isnin, 10 April 2017

Harraz Checkup

Assalamualaikum...

Petang tadi baru lepas balik daripada Hospital Sungai Buloh. Appointment dengan pakar kulit. Harraz ni ada masalah kulit, enzima. Tapi masih terkawal kata doktor, yang penting ibu dan ayah kena rajin apply mosturizer pada kulit anakanda yang tersayang ni. Bila ke hospital ni macam jenis orang dan penyakit yang kita jumpa. Ada yang mild macam Harraz dan ada yang lagi teruk daripada dia. Jadi bila tengok, ianya jadi satu kesedaran kat aku laki bini, yelah rupanya Allah bagi kita ujian yang sedikit, tapi orang lain tu lagi teruk daripada kita. So kita yang ok ni jangan sesekali merungut dan mengeluh.

Lepas je balik daripada Hospital, kami terus gerak balik dan singgah makan kat Sunway Pyramid, dapatlah anakanda berjalan-jalan. suka nau si Harraz dapat jalan, padahal Pyramid je pun. yelah rumah je dekat dengan Pyramid tapi perginya sebulan sekali pun susah. Kalau nak pergi tak guna duit tak pe. ni kalau weekend parking saja dah lebih RM6 kot. Sekarang barang-barang mahal, so kena lah berjimat cermat ye kawan-kawan.






Hailah anak...mesranya sampai duduk atas riba orang... nasib baik aunty dan abang tu tak kisah.. #kamisamasamaramah







Next checkup bulan August 2017.





Yang bawah ni kejadian pagi tadi. Sebenarnya aku halfday harini. so pagi tadi ada sorang ex staff SDP bawak makanan frozen. Sedap jugak karipap sardin dia, nanti boleh repeat order.. #pandaimeniagako



Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Kalau Sudi Kliklah Sini