Rabu, 27 Jun 2018

Drama Pilihanku : Drama Isteri Untuk Diiktiraf

Drama pilihan aku untuk bulan puasa. Terbitan JS Picture, dah hampir 3 tahun berturut-turut aku follow drama arahan Jinggo ni setiap kali bulan puasa. Tapi cerita ni kurang popularlah rasanya, maybe sebab dimainkan di RTM, bukannya apa setiap kali aku btanya kawan-kawan kat office tak ada pon yang follow. Jon kita baca sinopsis cerita yang aku ambil daripda Kepala Bergetar


Drama Isteri Untuk Diiktiraf adalah adaptasi novel nukilan Nurfaza Alisya. Diterbitkan oleh JS Pictures Sdn Bhd dan bersiaran di Slot Widuri TV1 (RTM). Waktu siaran pada hari Isnin hingga Ahad jam 7 malam. Drama arahan pengarah Azman Yahya aka Jinggo dan skrip Rehal Nuharis.


Para Pelakon
Redza Rosli, Elvina Mohamad, Janna Nick, Dayana Roza, Sheila Rusly, Arash Mohd, Sweet Qismina, Shah Jaszle, Roslan Saleh, Ariff Aziz, Azar Azmi, Tengku Zara, Sharifah Shahora.

Lagu Tema / OST
Tajuk : Kuasa Cinta
Penyanyi : Ezad Lazim
Lagu : Room None
Lirik : Iman Imran

Sinopsis Isteri Untuk Diiktiraf
Mengisahkan Safiyya menjadi yatim piatu apabila ibu-bapanya terlibat dengan kemalangan jala raya. Semenjak itu dia dibesarkan oleh datuknya di kampung. Masa berlalu Safiyya telah menamatkan pelajarannya di universiti dan gigih mencari pekerjaan. Dengan bantuan kawannya Yati, Safiyya mendapat beberapa pekerjaan. Tetapi tidak bertahan kerana sering berhenti kerana gangguan di tempat kerja.

Kali terakhir Safiyya bekerja di hotel tapi pada hari pertama bekerja dia telah cuba diperkosa Tengku Wildan anak Tengku Hairie tuan punya hotel. Akibatnya Safiyya melarikan diri dan mengambil keputusan tinggal di kampung sahaja.

Tengku Hairie datang ke kampung dan menemui Datuk Safiyya atas urusan jual beli tanah. Terpesona dengan kejelitaan dan kebolehan Safiyya, Tan Sri Tengku Hairie mengatakan hasratnya untuk meminang Safiyya dan dikahwinkan dangan anaknya Tengku Wildan. Tengku Wildan masih menjalin hubungan dengan Ana Julia.

Isterinya Raja Mona dan Tengku Wildan menentang cadangan ini tetapi bapanya tetap dengan keputusannya. Safiyya juga menentang keras apabila diberitahu datuknya mengenai cadangan Tengku Hairie. Datuk Safiyya jatuh sakit dan dalam keadaan serba salah Safiyya menurut kemahuan datuknya untuk berkahwin.

Raja Mona berjanji Tengku Wildan tetap akan menjadi milik Bella walaupun telah berkahwin. Tengku Wildan pula hanya menganggap Bella teman dari kecil dan tidak berhasrat mengahwininya. Hari pertunangan tiba tetapi Safiyya masih meragui keputusannya terutama dia masih belum pernah berjumpa dengan bakal suaminya.

Dia terkejut apabila melihat bakal suaminya adalah lelaki yang pernah cuba mengambil kesempatan ke atas dirinya dahulu. Kerana tidak mahu menyusahkan datuknya Safiyya meminta majlis perkahwinannya di adakan secara kecil-kecilan sahaja. Dengan sekali lafaz Safiyya menjadi isteri Tengku Wildan.

Majlis perkahwinan Safiyya dan Tengku Wildan diadakan secara besar-besaran di kediaman Tengku Hairie. Walau bagaimanapun pada sebelah malam Tengku Wildan tidak melayan Safiyya seperti seorang isteri sebaliknya mengarahkannya tidur berasingan dan memberikan bermacam-macam peraturan untuk Safiyya. Atas permintaan Tengku Hairie mereka pergi berbulan madu tetapi Tengku Wildan melayan Safiyya hanya seperti orang gaji.

Bella menemui Raja Mona dan mengatakan hasratnya yang masih mahu menjadi isteri Tengku Wildan walaupun dia tahu Tengku Wildan telah berkahwin. Raja Mona memujuk Bella supaya bekerja dengan Tengku Wildan dengan harapan dapat mendampinginya dan akhirnya dapat memiliki Tengku Wildan.

Perkahwinan tanpa rela ini mengundang pelbagai masalah dan dugaan termasuklah daripada Raja Mona dan Bella yang sentiasa mahu menyingkirkan Safiyya daripada hidup Tengku Wildan. Kegembiraan Safiyya dan Tengku Wildan hanya sementara apabila dalam perjalanan pulang dari kampung Tengku Wildan diberitahu video dia bersama Ana Julia di bilik resort menjadi viral.

Di rumah, Tengku Hairie menerima satu bungkusan berisi DVD dan kandungannya Video Tengku Wildan bersama Ana Julia. Kekecohan berlaku dalam keluarga Tengku Hairie. Safiyya sekali lagi meninggalkan rumah.

Ana Julia ke resort dan terserempak dengan Raja Mona dan Bella. Terbongkar rahsia apa yang sebenarnya berlaku antara Ana Julia dan Tengku Wildan di bilik resort dan bagaimana video diviralkan. Tengku Wafie datang menemui Safiyya dan menceritakan apa yang sebenarnya berlaku. Tengku Hairie meminta Safiyya hadir pada satu majlis meraikan kakitangan baru. Kehadiran Safiyya tidak disenangi Raja Mona dan Bella.

Penghinaan dan pertengkaran antara Raja Mona dan Tengku Wildan serta akibat air di campur dengan sesuatu mengakibatkan Safiyya pengsan. Tertekan dengan kejadian yang berlaku Safiyya kembali ke kampung. Tengku Wildan yang kesal dengan perbuatannya turut mencari Safiyya di kampung. Bella akhirnya melawan kehendak keluarganya untuk berkahwin dengan Tengku Wildan dan kembali menemui kekasih lamanya Jason.

Tengku Wildan cuba menyesuaikan diri dengan kehidupan di kampung dan dalam masa yang sama terus menerus memohon maaf kepada Safiyya dan menceritakan apa yang berlaku kepada Atuk dan meminta maaf darinya. Isteri Dato’ Sham kekasih lama Ana Julia dan tempat dia mendapatkan sumber kewangan menemui Ana. Akibat pertengkaran yang berlaku Ana disimbah dengan asid yang mencederakannya. Tengku Wildan pulang ke bandar tanpa ditemani Safiyya. Atas nasihat Atuk akhirnya Safiyya meminta Tengku Wildan mengambilnya semula dan kembali bersama. Raja Mona menyedari kesilapannya dan memohon maaf kepada Safiyya. Namun adakah permohonan maafnya diterima?





Ahad, 24 Jun 2018

Raya Kuala Linggi Pulak



Kalini balik kampung berdua dengan Harraz. Ayahnya kerja, seronok tengok Harraz be as berlari-lari kat laman. Kita gait buah rambutan, bawak dia dan kakak Sara mandi laut pastu Atok bawak dia pusing kampung, mana tak happy.


sebenarnya budak ni dari malam tadi dah pakai baju mandi ni.. hmmm layankan ajelah. atoknya kata senang ya, esok bangun terus mandi huhuhu.













Kah..kah.. perut sapalah ni???








Ibu pun relax sikit sebab cuti lama kan. Kebetulan cuti minggu ni sepupu buat majlis tunang dan Aqiqah. Dapatlah makan kenduri. Sedap sangat lauk kampungkan. Kalau lah arwah mak ada mesti kami adik-beradik kena bising sebab tak menolong pun masa kenduri. Datang makan siap tapau lagi ko. Tak pelah in shaa Allah wedding nanti kita tolong. 











Lepas kenduri kita gerak ke PD pulak. Saja bawak baby Aisya, Sara dan Harraz jalan-jalan.


















Jumaat, 22 Jun 2018

Alhamdulillah.. Hampir 4Tahun Menanti




Alhamduillah syukur nikmat anugerah yang tak disangka datang In shaa Allah tepat pada waktunya. Rezeki Allah tak pernah salah alamat. 








Friday kandungan dah 21 minggu baru nak buat buku Pink, alhamdulillah nasib baik nurse dan doktor tak bising.


Lepas ni kami nak balik kampung. Lepas tu nak hantar Acu ke Melaka Sentral sebab esok acu nak bawak nenek dan keretanya pulang ke Port Dickson.

Ibu cuti lama sebab Ummi (Pengasuh Harraz) bercuti lama, 8 hari, sebab ummi nak balik melawat saudara suaminya di Indonesia. Dalam berat-berat hati ni, tak sampai pulakkan. Tak pelah kita positif jelah. Mujur Acu Harraz masih cuti boleh lah tolong jagakan Harraz 4 hari. Tu yang harini nak kena Hantar Acu pulang.

First time Harraz dan Ibu balik kampung sendiri. 


Sabtu, 16 Jun 2018

Happy Birthday To Me #32tahundah



Syukur alhamdulillah bertambah usiaku menginjak umur 32 tahun. Terima kasih arwah mak dan ayah selama ni membesarkan aku. Terima kasih buat suami yang sentiasa sabar dengan perangai aku yang entah hapa2 ni. Tapi hakikatnya aku sayang gila kat dia tau. 

Tahun ni suami buat surprised kat aku. Dua hari sebelum raya dia belikan handphone baru untuk aku. Happy gila tapi ada orang yang lagi happy siap wish 'tq ayah' . Walhal itu hadiah ibu hehehe.

Surprised ke dua pulak suami belikan kek kesukaan kita pulak tu. Tengah beriya main hp baru tetiba orang nyanyi lagu birthday, tetiba malu hehehe tapi mahu.

Terima abang I Love You tau.


Birthday kita raya ke 2..... I love You abang.








Testing power



Kalau Sudi Kliklah Sini