Jumaat, 15 Jun 2018

Aidilfitri 2018 #teammuar : Part 1

Tahun ni cuti raya tak lama. First time, sehari sebelum raya aku masih bekerja. Tahun ni plan raya semua tak jadi sebab ummi Harraz nak cuti lama pula. Tak pelah (walaupun berat hati) yelah ummi nak balik kampung husband dia. So raya ke 4 kami dah ada kat Sunway. 

Sehari sebelum raya aku masih bekerja, tapi untuk unit Credit berdua je dengan Juwita. Tapi syukur sebab management bagi cuti halfday free. So dalam 12:30pm kami boleh pulang. 

Sampai je area rumah aku terus ambil Harraz bermaaf-maafan sambil bagi duit raya untuk ummi dan anak-anak. Lepas tu terus balik rumah dan cuci toilet dan vakum ruang tamu. Baju semua dah siap dikemas. Tinggal tunggu ayah Harraz balik dan siap-siap balik kampung. Husband lambat sikit balik sebab bos dia lupa nak bagi balik awal. Lepas tu husband nak singgah hospital pantai bangsar , melawat anak kawanya cedera tangan sebab terkena mercun.  Hmmmm agak marah juga sebab lama kot, mana tak hangin lama kita tunggu rumah.

Bukan nak marah sebab apa pon, yelah kami bukan terus nak balik Muar je, kena sunggah Kuala Linggi, Melaka dulu, sebab nak ambil baju raya dan bermaaf-maafan dengan ayah. Sudahnya berbuka dalam kereta jugak. Sampai Melaka cepat-cepat capai baju raya dan gosok. 

Malam lepas isyak kami terus gerak balik Muar. Sampai Muar pun dalam 12 tengah malam. Singgah jumpa mil dan sedara mara kejab, dan terus balik hotel kat Parit Jawa juga.








Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Kalau Sudi Kliklah Sini