Akhirnya masa yang ditunggu telah pun tiba. Doktor KK dah bagi date yang minta aku serah diri untuk bersalin pada harini. Sebenarnya aku nak minta serah diri hari jumaat ni. Tapi doktor kata awak tak boleh pilih date sendiri, bcoz awak GDM insulin so kandungan tak boleh lebih dari 38minggu (kena bersalin awal).
Kalau dah nama serah diri, memang kena induce lah kalini. Tak sangka pulak sekrang ni nak induce pun kena sign consent letter. Dah lah aku minta laki aku lepas hantar terus balik umah.. Terpaksa call dia Datang semula petang tu. Sebab selagi tak sign surat tu, lambatlah aku dapat masuk wad. Mujur husband sampai awal gak sebab naik motor. Sudahnya aku kena tido semalan jugak kat PAC, tapi alhamdulillah dapat katil sementara.
Bihun ni rasa okey dah...tapi keras potong betul selera aku nak makan.
Pagi esoknya nurse panggil nama aku, katanya boleh siapkan beg jab lagi nak masuk wad (dalam hati berbunga2 best kot dapat mandi huhu semalaman tak mandi). Sap sap sui pukul 10 pagi gak aku dapat masuk wad. Dalam hati ni dah berdebar-debar, takut masuk2 wad kena induce. Alhamdulillah doktor kata dalam pukul 2 petang nanti baru masuk ubat, legaaaaa...
Petang lepas jam 2
Ubat dah di masukkan.. Kalini bebetul rasa sakit dia ya.. Haha sebab dulu masa Harraz aku tak rasa kesan ubat pon..tahu-tahu bukaan dah 3cm.
Kira 1 malam jugakah aku tido kat wad. Esoknya bukaan dah jadi 5cm, since aku ada gdm so aku memang dapat fast lane lah. Kebetulan pagi tu aku breakfast pagi memang tak menyelerakan, so aku cuma minum air dan roti je. Dalam hati ni risau jugak kalau-kalau aku kena emergency czer so tak adalah termuntah lepas bersalin nanti.
Jam 10pagi aku dah dibawa ke bilik bersalin. Time ni dah start rasa sakit sebab kesan induce semalam masih ada lagi, tapi mild je. Berdebar-debarlah jugak, yelah ingatkan boleh bersalin normal nak buek camno tak ada rezeki. Tapi kalini punya contraction sakit sangat tak maxam Harraz dulu.
Tunggu punya tunggu, masa 6 jalan lebih yang doktor bagi untuk tunggu bukaan buka berakhir, makanya aku disahkan untuk czer disaat akhir. Sebabnya doktor takut risiko untuk skar czer Harraz dulu terbuka.
Prosedur macam biasa, panggil suami untuk terangkan situasi, maka bersiaplah aku pakai baju putih dan ditolak masuk ke operation teater.
Dipendekkan cerita, masa kena bius separuh badan aku tak jalan, makanya doktor minta aku mengucap 2 kalimah, terus, alhamdulillah sedar2 aku dah ada kat wad cumanya baby aku kat nursery. Esoknya baru jumpa.
Alhamdulillah, now im now mother of two 👦👧.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan