Dah lama tak berjalan jauh. Masa ni kami baru on the way nak ke Penang. Gerak lepas Maghrib tapi berhenti makan tup tap tup tap pukul 10pm jugak kita gerak dari Restoran Jejantas Sungai Buloh.
Budak ni kan lepas makan nak berak pulak, tu yang lambat gerak, Mak Lang ko asyik call je dah gerak ke belom?? hehehe
Maryam Afia sementara tunggu abnag berak.
Kami sampai 5pagi.. so kami berehat sebentar di homestay adik Ipar kat Bandar Baru Perda. Kondo ni bebetul depan sekolah.
Syoknya tengok view dia ....Selalu nampak laut ni nampak bendang cantik
Dah siap mandi kita gerak ke Taman Tun Sardon dekat pulau. Sebab kat sana nanti kita terus jumpa mak, Adik dan anak-anaknya.
Nilah kedai wan tan mee melayu yang buat.
Selesai sarapan kami terus gerak melawat ke kedai aka ofis Mak Jit (Adik MIL aku)
Fara & Mak
Flat-flat dekat penang ni memang cantik dan terjaga.
Mamat yang kat belakang macam Matma Gandhi..sempat plak dia cuit pipi MA
Kami tunggu di luar sementara menanti nenek dan Adik (sil) beli baju.
Adik hitam manis ni nama dia Filzah, parents dia meniaga kat dalam ni. Dia memang dah biasa merayau2 kat dalam kawasan ni. Dia kata kulit dia putih. Bila Sue (bff Farah) putih macam dodol ka? pastu adik ni pun angguk hahahha.
Ni jalan-jalan dalam Chow Rasta.
Tengok mak tu mak kat belakang hehhee.
Ingat nak makan Cendol kat sebelah CR ni tapi solat jumaat diaorang tutup sekejab.
Beli air kelapa dekat area Nagore Square
On the way to Tanjung Point Residences
Tiada ulasan:
Catat Ulasan