Sabtu, 19 Jun 2021

Mesin Basuh Rosak



Sebenarnya dah seminggu perasan yang mesin basuh ni bermasalah. Tapi tak ketara sangat. Tapi start minggu ni rasa macam teruk sangat dah ni. 

Masalahnya, bila kita start tadah air untuk basuh dalam masa yang sama air keluar juga. Mesin tetap gerak tapi air masih keluar.

Kebetulan adik ipar datang rumah bagi nombor orang service barang elektrik ni. Alhamdulillah diaorang boleh datang masa lockdown ni sebab ada surat MiTI.

Dalam masa setengah jam je dia betulkan. Tukar motor dan service dia datang rumah dan check dalam RM280. Dia kata mesin basuh ni kalau tak guna kena tutup suis dan kalau boleh cabut. Sebab kalau tak cabut motor akan panas dan cepat rosak. Satu lagi tengok benda yg kita basuh. Katanya ada kain lap kaki yang tak boleh masuk mesin. Kadang ada jenis yang berpasir, pasir tu yg boleh buat rosak jugak.

Tapi rasanya berbaloilah repair ni, sebab rasanya daripada tahun 2016 kami beli mesin ni. Puas hati pakai sebab besar, toto pon boleh masuk. Harap masih boleh pakai lama lagi ya mesin. Sebab masa beli dulu saing tv, lani tv pun macam macam dah start buat hal. Sabar jelah.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Kalau Sudi Kliklah Sini