Covid kali ni rasanya lebih sikit daripada awal bulan 2 haritu. Khamis malam jumaat, dalam jam 11 lebih macamtu, tetiba tekak rasa gatal dengan tak semena-mena. Dalam hati dah mula rasa tak sedap, rasa macam covid. Risau jugak sebab rabu 31/08/2022, dapat tahu ada 2 org positif kat ofis. Khamis pulak dengar khabar ada sorang positif lagi.
Kebetulan Jumaat memang ambil cuti sebab nak sign report card Harraz kat sekolahnya. Tapi pagi-pagi lagi result dah kantoi. samar-samar je line ke duanya. pagi tu dah mlulah, segala sakit-sakit dia keluar. Start dah batuk dan lesu badan. Sabtu memang badan tak larat sangat. Bsadan start lemah, sakit-sakit pinggang, sebab tidur atas toto hihi.
Susahnya bila covid sorang-sorang dalam rumah. sebab 24 jam pakai mask. tidur pun pakai mask. Sebabnya Maryam Afia merengek-rengek, katanya dia pun demam sabr jelah. Kuarantin ala-ala je ni. Sebab anak-anak cuti sekolahkan.
Alhamdulillah...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan