Ahad, 6 Januari 2013

♥ PETUA DAPAT ANAK ♥


Bismillah, Insya Allah Ini adalah petua bagi perempuan yang inginkan anak (mengandung), terutamanya bagi perempuan yang susah mengandung ;

A. Langkah Pertama
1. Untuk suami - ambil segenggam kurma dan buang bijinya
2. Untuk Isteri - ambil segenggam kurma dan buang bijinya
3. Kisar (blender) kurma tadi supaya menjadi jus kurma
4. Campurkan jus kurma dengan susu kambing (samada susu kambing segar atau tepung susu kambing)
5. Minum Jus kurma susu kambing tadi setiap hari


B. Langkah Kedua

Setiap Pagi (sebagai sarapan). Tak perlu makan lain-lain makanan ;

1. Minum Susu kambing (samada susu kambing segar atau tepung susu kambing)
2. Makan 7 biji kurma


C. Langkah Ketiga
Amalkan Membaca Dan Hayati Surah Maryam : Ayat 1-12. Sebaik-baiknya sebelah pagi (selepas subuh sebelum zuhur) dan petang (selepas asar/Maghrib).

Surah Maryam : Ayat 1-12


Terjemahan Ayat :

1. Kaaf, Haa, Yaa, Ain, Saad

2. (Ini ialah) perihal limpahan rahmat Tuhanmu (Wahai Muhammad), kepada hambaNya    Zakaria.

3. (ingatkanlah peristiwa) ketika Nabi Zakaria berdoa kepada Tuhannya Dengan doa permohonan secara perlahan.

4. ia merayu Dengan berkata: Wahai Tuhanku! Sesungguhnya telah lemahlah tulang -tulangku, dan telah putih melepaklah uban kepalaku; dan Aku - Wahai Tuhanku - tidak pernah merasa hampa Dengan doa permohonanku kepadamu.

5. dan Sesungguhnya Aku merasa bimbang akan kecuaian kaum kerabatku menyempurnakan tugas-tugas ugama sepeninggalanku; dan isteriku pula adalah seorang Yang mandul; oleh itu, kurniakanlah daku dari sisiMu seorang anak lelaki.

6. Yang layak mewarisi daku, juga mewarisi keluarga Nabi Yaakub; dan Jadikanlah Dia - Wahai Tuhanku seorang Yang diredhai serta disukai".

7. (Nabi Zakaria diseru setelah dikabulkan doanya):"Wahai Zakaria! Sesungguhnya Kami memberikan khabar Yang mengembirakanmu Dengan mengurniakan seorang anak lelaki bernama Yahya, Yang Kami tidak pernah jadikan sebelum itu, seorangpun Yang senama denganNya".

8. Nabi Zakaria bertanya: "Wahai Tuhanku! Bagaimanakah caranya Aku akan beroleh seorang anak, sedang isteriku adalah seorang Yang mandul dan Aku sendiri pula telah sampai had umur Yang setua-tuanya?"

9. Penyeru itu menjawab: demikian keadaannya - janganlah dihairankan; Tuhanmu berfirman; "Hal itu mudah bagiku kerana Sesungguhnya Aku telah menciptakanmu dahulu, sedang Engkau pada masa itu belum ada sebarang apapun."

10. Nabi Zakaria merayu lagi: "Wahai Tuhanku! Jadikanlah satu tanda bagiku (yang menunjukkan isteriku mengandung)", Allah Taala berfirman: " Tandamu itu ialah Engkau tidak akan dapat berkata-kata Dengan orang ramai selama tiga malam, sedang Engkau Dalam keadaan sihat".

11. maka Dia pun keluar mendapatkan kaumnya dari Mihrab (tempat sembahyangnya), lalu ia memberi isyarat kepada mereka: "Hendaklah kamu bertasbih (mengerjakan Ibadat kepada Allah) pagi dan petang".

12. "Wahai Yahya, Terimalah Kitab itu (serta amalkanlah) Dengan bersungguh-sungguh! dan Kami berikan kepadanya hikmat kebijaksanaan semasa ia masih kanak-kanak.


Insya Allah Akan Berhasil.

(rujukan dari AL-HIJRAH muamalat)

#Copy from facebook Pen Merah

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Kalau Sudi Kliklah Sini