Tepat kandungan 8 minggu doktor sahkan kandungan aku dah xde hanya tinggal kantung je. sehari sebelum pergi scan aku dah mula bleeding so time tu mmg aku sedih sangat, sempat lagi tume sakit-sakit perut sempat lagi si suami ajak tengok The Hobbit (best citer tu tp tengok time sakit kan).
Habis layan wayang memang dah xlarat nak berjalan lagi. Suami kena buli kemas rumah sendiri, almaklumlah aku mmg dah xlarat nak wat keje rumah. Masa tu dah rase darah makin banyak keluar, mmg dalam hati rase xde dah harapan janin aku nak kekal dalam rahim ni, huhu sedih sangat2 yang kesiannya bila tengok suami, yela bininya asyik nangis jekkan. Malam tu jgk dah cakap ngn suami yang aku nak balik melaka jgk esoknye. Tak mau dok sakit sorang2 kat Subang.
Keesokan harinya kiteorg siap2 kemas barang n p Klinik kat Puchong (Klinik Asia & Sakit Puan) dan hasilnya memang negatif. Doktor scan n kata tinggal kantung je...janin dah xde. time tu hati dah redha suami pon dah boleh terima. Doktor suggestkan sama ada nak biar darah turun sendir atau nak wat D&C (cuci) ...hmm kalau nak keluar sendiri maybe ambil masa yg lama nanti takut ada infection pulakkan, so doktor advised better wat D&C kasi cucilah tp rega mak ai dekat RM600+++. pastu aku pandang suami , suami pandang aku..hmmmm mahallah kan. So aku minta doctor wat surat untuk refer kat GH Melaka. So kami pon pulang ke kampung. Dalam perjalanan tu Suami dah bagitau kat Mak Mentua N adik ipar (kesian kat dieorg) xpela Doakan kami dimurahkan rezeki ya.. Lepas ni mana tau dapat kembar Amin2
Kimaks cerita ni...
Sampai kampung je...rasa badan makin xok. tido malam xbest giler. tido xlena. Sakit sangat perut ni, xsure sama ada sakit nak berak or sebab darah nak turun.. setiap jam sakit... sampai dekat jam 3.30 pagi mmg aku dah xboleh nak tahan aku kejut suami n cakap aku dah xboleh nak tahan sangat2. so suami decided untuk bawak aku g GH Melaka. otw ke sana Ya Allah dalam hati ni pk..hmmm mcm nilah kot mak aku rasa masa nak bersalinkan aku. Suami bawak kereta jangan cakaplah macam M. Shcumaker (Hentam je ejaannye janji ada bunyikan). alhamdulillah selamat sampai Hospital. Tapi still sakit lagi time tu. Bila dah sampai kat Emegency wad tu..bila doctor suh bangun teruk rasa seketul darah kuar.. perhhh lega Ya Allah....Tapi tulahkan GH kan mmg ambil masa nak rawat kite.
Pendekkan cerita jelah...
sampai GH dalam pukul 4.30am - 030113 Khamis
masuk wad - 9.00 am
puasa dari 5.30am sampai - 7.30am keseokan harinye...tp time tu aku dah sttled cuci.. ( masuk dewan bedah jam 9.00pm - tp start cuci pukul 11.15 pm -------> cuci wat kat dewan bedah process sama macam org nak operate cume aku dibius separuh badan mmg xrsa ape pn... 15 minit dah settled uols.)
siap2 cuci n rest sekejab kat wad sementara...aku dah boleh transfer balik kat wad biasa time tu sedar2 dah pukul 1.00am)xlarat dah time tu mmg mamai2 jek...terus dengkur kot hahaha.
so tggu nak discharge - Jumaat 7.30 ptg....hmmmm lamakan...tp oklah tu gomentkan...hihi..
nak balik tu tanya suami berapa amount kena bayar????
suami kate rahsia...tanya punya tanya dia kate RM 18 jek.....ekonomi sgtkan...
Sekarang ni masa untuk berpantanglah...nak sihatkan badan. Lepas ni nak honeymoon lagi...hihi
Mudah2an Allah permudahkan segala urusan kami sekeluarga, Murahkanlah rezeki kami Ya Allah dengan mengurnikan kami zuriat yg sihat serta soleh & solehah. Amin.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan