Assalamualaikum...
Dapat whatsup mesej daripada kakak di kampong kata ayah tak sihat. Time tu jam 2.30pg, kebetulan terjaga sebab Harraz nak menyusu siap membebel lagi. Terus call kakak, Tanya ayah macamna. kakak kata ayah macam meracau-racau, badan seram sejuk dan berpeluh-peluh siap golek-golek atas katil. Allahuakbar... sempat cakap dengan ayah, dengar suara ayah hati dah tak sedap sebab setiapa patah kata ayah dah tak macam biasa. Abang Aril kat Melaka dah on the way balik. pujuk hatini supaya tak risau..
Tapi bila abang sampai, katanya ayah kena lagi..bila diajak ayah pergi hospital tak mahu katanya. Ayah tak larat nak bangun apatah lagi nak jalan. Ya Allah dalam fikiran macam-macam fikir. Kita yang jauh ni berdoa sajalah. sempatlah bacakan yaaseen dari jauh untuk ayah. Sempat telefon kak long. So along pon cakap tengahari along balik.
Selepas subuh hatini dah memang tak da mood nak kerjalankan. dah lah kerja separuh hari je..lagilah malas nak siap. cakap kat husband, tak yah lah kerja..jom balik tengok ayah risau kan..kita ni ada ayah jek. suami pun sempat buat beehun goring, aku plak siap kemas baju. dalam pukul 10pg baru gerak balik Melaka. pagi tu sempat call ayah, Alhamdulillah ayah dah boleh jalan dan minum. LEGAaaaa..
Sampai je kami kat Port Dickson, pergilah singgah makan kejab kat Teluk Kemang. lepas makan je akak call lagi. kata ayah kena lagi macam tadi.. cecepat lah kitaorang gerak balik..nasib baik dah dekat. Kebetulan abang Aril dah balik Tangga Batu. Kakak kata ayah dah meracau-racau lagini, siap speaking '' you make me nasi and bubur'' blaaa blaaa blaaa...... Husband dengar ayah dah apeaking cecepat dia minta kakak buatkan air manis.maybe hypo tu, kurang gula. sebab dulu arwah ayah mentua pun penah hypo macamtu.
dalam 15 minit sampai dah kuala Linggi. Sempat bagi ayah minum. pastu call Ambulans minta datang ambil ayah. Siap aku cakaplah yang ayah aku tak sedar, macam meracau-racau siap tak boleh bangun lagi. selang 10 minit Ambulans pun sampai, aku kejut ayah..
Aku : jom ayah ambulan dah sampai
Ayah : Nak pergi mana?
Aku : Hospital Alor Gajah, ayah kan sakit.
Ayah : Owh..bawak ic ayah.(bangun betulkan kain pelekat pastu terus naik ambulan jalan sendiri ko.)
Pelik nau...Medical assistant pun gelak je tengok ayah aku.
kakak ayu aku follow naik ambulan. mabuk hehehe...sebab ambulan laju kot.
sampai Hospital ayah masuk wad kecemasan. rupanya Ayah Hypo (Kurang gula dalam darah) ada tenaga nak jalan pun sebab dapat minum air manis before masuk hospital. bacaan gula ayah 1.8 je. memang rendah. lama jugaklah kami tunggu ayah kat emergency tu.. hamper 4 jam sampai Harraz dah mengamuk. Alhamdulillah ayah ok..ayah jadi macamtu maybe sebab demam last week.
Ayah kena tahan wad malam tu sebab doctor nak make sure gula dalam rasa ayah stabil. mungkin sehari dua keluar lah. sorry ayah tak da sapa teman ayah.. mujur ayah ok boleh jalan..
Moral of the Story : Lepas ni kalau jadi lagi kita jangan gabra...tu jek hehehe...
Kenderaan yang telah membawa Hero saya
Time ni tengah tunggu Ambulan Gerak
Aksi sebelum BOSAN di Emergency Hospital
Alhamdulillah Atuk dah sihat
Lepas habis waktu melawat jam 2.30ptg kami g taman
Aksi Harraz dan Kakak Aleeya
Bila naik lift elok pulak dengan kakak-kakak sepupunya
Tiada ulasan:
Catat Ulasan