Ahad, 20 Disember 2015

Cikgu Leha Dan famili ke Bayou Lagoon Resort 2015

Assalamualaikum...

Harini saja nak je nak stori pasal percutian famili in law ke Melaka last month (21-23 Nov15). Almaklumlah nama pun percutian keluarga, beramai-ramailah kami. Kiranya percutian yang lastminit punya plan lah ni. Bajet pun paras-paras hidung je, buat kata husband percutian rakyat. Kami booking sebuah apartment 3 bilik, alhamdulillah selesa besar pun boleh tahan, view pun cantik, kira kami puas hatilah. Seronok bila berkumpul ramai-ramai, bila Harraz bertemu dengan sepupunya lagilah meriah, 9 dewasa dan 4 orang budak.

Kebetulan sama check in dengan officemate dekat bayou jugak, tapi tak sempat jumpa pun. Percutian 3 hari 2 malam memang best dan puas lah bila dapat rest. Tambah pulak bayou ada water park lagilah seronok. Harraz 3 hari dekat bayou tiap hari masuk kolam kot. Tiket banyakkan...so apa lagi bawak jelah rugi kot beli baju swimming Harraz tak masuk kolam.

Kira ni tahun ke 2 kami bercuti beramai ramai, dan yang pastinya dekat negeri yang sama hihi Melaka, cumanya sebelum ni kami check in di Mahkota Resort. Tapi tahun ni bertambah happening sebab MIL a.k.a cikgu Leha bercuti bersama 4 orang cucu...Alhamdulillah. Malam pertama MIL dah plan nak buat surprise untuk Adik (panggilan manja my SIL Khadijah walaupun bukan anak bongsu hihi). Nak dijadikan cerita kami plan malam tu nak pergi makan Cheese Nan sedap giler di Restoran Pak Putra memandang kan hujan tukar plan dan makan di Restoran Tasik Terapung je. Balik je hotel potong kek birthday SIL, MIL bagi hadiah...ingatkan untuk bithday girl je..rupa-rupanya kitaorang pon dapat jugak. Semoga murah rezeki mak dan Allah berikan kesihatan yang baik buat mak.

Ok cukuplah sampai sini je menaip... lagi panjang lagi merepek aku ni. Cukuplah dengan tertempeknya gambar-gambar hasil tangan dak ani ni haaa...
























































Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Kalau Sudi Kliklah Sini