Sabtu, 19 November 2016

Dinner 2016

Assalamualaikum..

Date: 18/11/2016 Jumaat
Vanue : SDCC

Saja nak bercerita pasal Annual dinner ofis tempat alu mencari rezeki. Bila dapat tahu pasal company nak buat dinner masing-masing dah excited. Bermula dengan survey Dinner theme. antara senarai tema untuk dinner AUSTIN POWERS, ARABIAN NIGHTS, OSCAR NIGHT, GATSBY and MOVIE MANIA. Aku biasalah pilih benda yang senang Arabian night, heheh dalam hati ni pikir ' alah aku pakai jubah je sudahlahkan. Seingat aku annual dinner yang lepas memang happening. Time tu januari 2013, aku baru je ablik daripad pantang keguguran. Tema dinner Glam Rock. syok giler. artis pon ramai.






Dan setelah diundi dan menunggu hampir sebulan result survey semua staff, sebulat suara memilih  Oscar Nights sebagai Tema untuk Annual Dinner 2016. Sebelum result keluar semua staff dah start bertanya-tanya, jadi ke dinner ni? lambat nau nak bagitahu Tema apa?

Bila dapat tahu pon masa dah suntuk sangat. Aku persiapan last minitlah. baju pun kakak ku yang jahitkan. Alhamdulillah dalam masa yang sangat singkat kakak aku siapkan baju tau. sabtu jahit, isnin dah siap post kat akau. Terima parcel keesokan harinnya. yuhuuuuu.






Taraaaa.. alah baju kurung moden je pon. make up pon kawan-kawan yang tolong lukiskan hehhee... 
kalung tu aku beli kat Sunway Pyramid and Clutch tu Kawan pejabat yang tolong belikan kat Bonita rasanya.


















Bergambar dengan Elyssa Alia 
dia ni aku selalu tengok kat Hypp TV pengacara #Jomwayang




















Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Kalau Sudi Kliklah Sini