Assalamualaikum...
Alaaa malasnya nak taip semula. Aku dah elok story mori last-last tak sempat save arghhhhh...
Oklah ceritanya begini, malam ni kami ada buat kenduri tahlil arwah mak long kat dewan perumahan rumak mak Ida (adik mil ku). Sebab semalam arwah mak long baru je selamat dikebumikan. So ramailah sedara mara termasuk sil aku Palong turun KL.
Sil nak bawak anaknya Adam naik tren. So kami pon join lah sekali. Kononnya tak nak pergi stesen jauh sampai kl sebab hari ni pon ada perhimpuan BERSIH. Konfem ramai orang. Kitaorang beli tiket ke Ampang Park. Seronok anak-anak dapat naik tren termasuklah Harraz.
Sampai Ampang Park Stesen rasa macam menyesal sangat sebab turun kat situ, ya Rabbi ramai giler umat Baju Kuning. Nak tukar hala pun untuk beli tiket beratur panjang. Jadinya kitaorang naik atas pergilah ke Ampang Park mall singgah makan Macdonald. Tunggu dak2 baju kuning tu balik dulu.
Kira terjebak gak lah dalam kancah perhimpunan BERSIH. Lepas makan kitaorang pon balik nasib baik orang dah beransur balik. Alhamdulillah lega.
So pengajaran lepas ni kalau ada plan nak jalan ke KL sila make sure BERSIH tak terjadi pada hari tersebut. Hehhehe
Tiada ulasan:
Catat Ulasan