Jumaat, 5 Mei 2017

Happy Birthday: Harrazaman Turns 3

Alhamdulillah syukur... 3 Tahun Allah pinjamkan Muhammad Harrazaman kepada kami suami isteri. Bahagia rasanya dapat melahirkan anak yang sangat baik ini. Kadang-kadang ibu ayah marah-marah Harraz, tapi jauh di sudut hati ibu dan ayah, sayang bangat sama kamu duhai anakku. Ibu dan ayah juga insan biasa, tak lepas daripada melalakukan kesilapan. Sesungguhnya setiap ibu bapa mahukan yang terbaik untuk anak -anak.

Ayah ibu doakan semoga Harraz diberikan Allah kesihatan yang baik dan berpanjangan. Semoga menjadi hafiz yang berjaya. menjadi insan yang berguna pada ibu ayah dan masyarakat. Selalulah mendokan kebaikan dunia dan akhirat ibu ayahmu ini. Doakan jugak supaya Harraz cecepat dapat adik.

We Love u Harraz..
Ayah & Ibu



Kalini aku dan husband plan untuk surprisekan Harraz, siap tutup lampu lagi. Harraz sibuk sangat dengan video kat youtube kids, kitaorang apalagi siap-ambil kek dan tutup lampu. Tapi Harraz ni macam syak something, siap panggil ayah lagi bila gelap hehehe. Bila ready je ayah pun keluar dari bilik belakang dan nyanyikan untuk Harraz. Nampak sangat Harraz excited, siap suruh tiup-tiup katanya. Ingatkan tak reti blow candle, rupanya dah pandai anak ibu. tak tahulah api lilin tu padam sebab Harraz blow or sembur air liur hehehe. tak pelah janji padam je nak. 














Ini je mampu ayah dan ibu buat sayang... walaupun sambuat awal beberapa jam...  nanti kita makan dan jalan-jalan ke Pyramid k. Love You.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Kalau Sudi Kliklah Sini