Pejam celik, pejam celik hmmm dah hampir 2 tahun umur Harraz. Tetiba rasa macam nak mengimbau balik, sejarah kelahiran mamat hensem boy Harrazaman ni.
Alhamdulillah di atas rezeki selepas pemergian ibu tercinta arwah Hariah Binti Hussin. Kesedihan yang digantikan dengan kegembiraan syukur. Walaupun gembira dengan berita kehamilan, aku tetap ada perasaan gusar, kerana takut peristiwa lama berulang kembali "gugur".
Sejurus dapat tahu Hamil, aku terus buat pemeriksaan di Klinik Asia dan Pakar Sakit Puan, Puchong. Tempat dimana aku dan suami buat pengesahan keguguran kandungan yang pertama.
Diabetis
Dah memang keturunan... dengan badan yang chubby2 ni dah tentu ada. Aku punya pengalaman minum air gula tulah yang menyebabkan aku tekanan darah aku naik. tak pasal-pasal kena buat pemeriksaan blood pressure setiap hari dalam seminggu.Padahal minum gula air gula je kot?? minum air gula kosong wekkkk tapi habis jugak...kecut perut. Tapi alhamdulillah tekanan darah aku normal je lepas tu.
Result minum air gula:-
1- masa 4 bulan - 7.6 itupun dah border.
2- masa 7 bulan - taraaaaa 8.1 konfem ada
Ujian BSP BSP stand for Blood Sugar Profile
Ujian BSP ni basanya hanya akan dilakukan oleh ibu2 mengandung yang kantoi result minum air gule (MGTT)
Nasib baik tak kena cucuk insulin, huhuhu takut.. tapi doktor kata aku kena buat diet control je. so setiap hari, apa yang aku makan aku kena rekod termasuk jugak check darah sebelum dan selepas makan.
Prosedur untuk BSP test :
*Darah akan diambil 4 kali sehari..
*Ibu2 mengandung hendaklah berpuasa (tak bleh makan, minum air kosong boley) dua jam sebelum darah diambil untuk diuji.
* 4 kali sehari biasanya adalah jam 8.00 pagi, 12.00 tengahari, 6.30 petang dan 9.30 malam.
* Bacaan daripada ujian sampel darah akan direkodkan dalam satu kertas yang aku buat sendiri atas inisiatif meng google.
Agak leceh sebab 4 kali sehari kena test darah tu kn...pastu nak kena kawal makan..2 jam sebelum dah kena puasa. tapi kalau takat minum air suam oklah kan.
BSP test ni boleh dilakukan dkt klinik kesihatan, farmasi, klinik atau buat sendiri je. Aku buat sendiri sebab tak ada masa sebab kerja. kang MC dan lambat datang kerja bos bising pulak. nasib baik machine blood test tu arwah tinggalkan. So berguna sangat. sekarang ni aku tengok kat lazada murah-murah je mechine ni.
Kalau mengandung lagi tak tahulah macam mana. Risau gak badan makin naik, makan tak pantang (tatutnya kena insulin uolsss).
Harap mengandung lepas ni oklah....
Kalau mengandung lagi tak tahulah macam mana. Risau gak badan makin naik, makan tak pantang (tatutnya kena insulin uolsss).
Harap mengandung lepas ni oklah....
Tiada ulasan:
Catat Ulasan