Sabtu, 28 April 2018

Weekend Yang Penat

Assalamualaikum.....


SABTU 

Minggu ni memang ingat nak rehat dan kemas rumah, tapi ada program lain pulak. Sabtu malam adik ipar request nak makan kat Foodtruck. Makanya suami pun membawa kami ke TAPAK DINING URBAN STREET, KL. First time kot pergi kat TAPAK ni. Selalu kami pergi area Putrajaya je.

Ok kat sini memang dua kali lagi best daripada Hotspot Foodtruck Putrajaya. Bezanya kat sini ada banyak giler pilihan makanan. cakap je nak makan apa semua ada. Nak makan makanan Jepun, Chinese Muslim, Maxican, Korean pon hader uols. Banyak nau-nau lahai, korang siapkan duit jelah (Contoh air meneral je dah RM2). Biasalah makanan kat Foodtruck ni semua mahal jugaklah tapi...tapi..tapi... orang kata alah membeli kenyang memakan hehhe.. sebab makanan dia semua sedap-sedap belaka. 

Suami kata kalau nak pergi kat sini, jangan pergi awal-awal sangat. sebab kalau awal macam pukul 8pm ke 9pm tu orang ramai. Adalah lebih baik datang ramai sikit, sebab separuh jaga tempat dan separuh lagi boleh order makanan.Tempat duduk tu bukan main payah lah nak cari. Sebab tempat macam tu kan terhad. Kalau korang bujang-bujang bolehlah makan berdiri macam omputihkan. Kita ni dah beranak pinak tambah-tambah pulak bawak orang tua macam payah sikitlah. Tapi alhamdulillah, selepas 20 minit berdiri tepi meja orang macam nak habis makan tu, dapat jugak yahuuuuuu.... dapat duduk. Tapi bila dah duduk tu rasa macam tak selamat jugak sebab takut orang nak cuba ambil kerusi kita hehehe, sorry ada orang ya!!.

Kita tak sempat nak snap gambar makanan n foodtruck. Sebab masa tu 'handphone' tertinggal dalam kereta. So sempat ambil 2 gambar ni jelah.


AHAD

Bermalam di rumah ipar. Esoknya kami bersiap ke Kenduri Aqiqah dan merisik anak dan sepupu suami. Alhamdulillah semuanya berjalan lancar. Panas lit-lit sungguh. Harraz yang beriya main pun letih sampai tertidur kat ibu mengalahkan baby.



Balik dari kenduri masing-masing penat, kalau nak masak memang tidaklah. Jadinya suami kata kita order Sate Hj. Samhuri jelah kat Awan Besar, RNR. Aku pun apa lagi yakyakyeahhh lah. Malam tu semua tidur awal. Penat nau.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Kalau Sudi Kliklah Sini