Jumaat, 25 Januari 2019

Perjuangan Stok Susu Maryam Afia













Oh Mataku 👀


Akhirnya aku ke Hospital juga. Pergi sorang-sorang mana tak takut. Lagi takut sebab dalam mata ni ada something, mahu tak takut, kot lah nanti boleh buta, ishhh minta simpanglah.

Lepas dah jumpa doktor sendiri kuranglah sikit rasa takut tu. Doktor bagi cuti 2 hari sebab nak bagi mata rehat. Lepas ni tak boleh lah suka-suka nak gosok mata. Sebab tabiat buruk aku suka tenyeh mata. Masa memula dapat tahu ada something kat mata kanan tu, memang berderau darah ni. Takut kena katarak, sebab masa pregant haritukan aku ada GDM, kebetulan doktor tak ada pulak suruh check mata (ada member yang kena). Tapi bila doktor kata ni disebabkan jangkitan benda kotor so rasa legalah. Yelah kalau katerak tu macam orang tua pulak aku ni. Baru 32 kot huhu... 

So dalam masa 4 harini aku try apply ubat yang doktor bekalkan dulu.. Isnin nanti kena datang tengok progress mata. Kalau masih sama maybe doktor akan bagi sedikit steroid untuk hilangkan bakteria tu. Harapan ku adalah progress. 

Jadi kawan-kawan marilah kita menjaga mata, yelah pancaindera yang Allah dah kurniakan ni tiada ganti. Ya Allah syukur mataku masih boleh berfungsi 😍😍😍

Konjunktivitis



Apakah maksud konjunktivitis?
Konjunktiva ialah selaput lutsinar yang melitupi mata putih dan bahagian dalam kelopak mata. Radang pada konjunktiva dikenali sebagai konjunktivitis. Ia adalah penyakit yang kerap terjadi dan disebabkan oleh bakteria, virus atau alahan.
Tanda-tanda dan gejala
Ini adalah bergantung kepada sebab-sebab konjunktivitis. Semua jenis konjunktivitis tidak menjejaskan penglihatan.
Jenis-jenis konjunktivitis:
  1. Konjunktivitis yang disebabkan oleh bakteria:
  • Mata merah.
  • Discaj Pekat (tahi mata bewarna putih atau kekuningan).
  • Kelopak mata melekat (terutama waktu bangun pagi).
  • Selalunya bermula pada satu mata dan berjangkit ke sebelah mata yang lain.
  • Selalunya berlarutan selama seminggu.
  1. Konjunktivitis yang disebabkan oleh virus:
  • Mata merah.
  • Discaj cair (airmata yang banyak).
  • Selalunya bermula pada satu mata dan berjangkit ke sebelah mata yang lain.
  • Boleh berlarutan selama 2 minggu atau lebih.
  1. Konjunktivitis yang disebabkan oleh alahan:
  • Mata merah.
  • Gatal mata, kadang-kala gatal hidung jika melibatkan resdung (allergic rhinitis).
  • Discaj yang berlendir.
  • Mata sentiasa berair.
  • Kedua-dua belah mata sakit pada masa yang sama.
  • Boleh berlanjutan buat masa yang lama.
Apakah rawatan penyakit ini?
Ibu bapa perlu merujuk kepada doktor untuk mengetahui sebab penyakit ini dan mendapatkan rawatan yang bersesuian.
Radang selaput mata disebabkan oleh bakteria:
  • Antibiotik digunakan dalam bentuk ubat titis mata dan salap mata secara lebih kerap.
  • Mencuci mata dengan kerap dan perlahan-lahan juga boleh membantu.
Radang selaput mata disebabkan oleh virus:
  • Tidak memerlukan rawatan yang khas.
  • Mencuci mata dengan kerap dan perlahan-lahan juga boleh membantu.
  • Kadang-kala ubat titis antibiotik diberi untuk mengelakkan dari jangkitan bakteria.
Radang selaput mata disebabkan oleh alahan:
  • Ia mungkin keadaan yang kronik.
  • Memerlukan ubat-ubatan untuk mengawal alahan dan mengurangkan gatal.
Cara-cara lain :
  • Cuci atau lap mata dengan air suam.
  • Elakkan mengguna kanta lekap sehingga tanda-tanda penyakit ini hilang.
Cara-cara mengelakkan jangkitan
Konjunktivitis yang disebabkan oleh bakteria atau virus boleh berjangkit dengan mudah. Langkah-langkah yang boleh diambil untuk mengelakkan jangkitan:
  • Elakkan menyentuh mata yang dijangkiti.
  • Kerap mencuci tangan terutamanya setelah menyentuh mata.
  • Elakkan tempat yang sesak atau menghantar anak ke sekolah / pusat penjagaan kanak-kanak selagi mata anak anda masih merah atau berair.
  • Jangan berkongsi tuala muka / kosmetik / ubat titis mata.
  • Buang semua ubat titis mata setelah anak anda sihat.

Sumber : Portal MyHealth (Kementerian Kesihatan Malaysia)






Rabu, 9 Januari 2019

Harraz Demam


Baru 2 hari sekolah dah demam...
Kesian anak ibu... Sekali 2 hari cuti. Nasib baik ibu masih under maternity leave.


Jumaat, 4 Januari 2019

Takziah Juwita


Assalamualaikum....

Adik kami (sebab dia paling baby kat Credit dept.) Juwita telah dimasukkan ke ICU HKL lepas dokor dapat detect dia dijangkiti demam denggi tahap kritikal pada pagi 2/1/2019.

Sempat dapat pesanan suara Juwita bagitahu yang dia pagitu berada di Emergency HKL. Katanya doktor jumpa macam-macam pulak (sakit selain demam). Katanya doktor kata paru-paru dia dah berair dan dah merebak kat banyak tempat dan ada bocor sikit.

Kami kawan-kawan tak senang duduk dan asyik fikir pasal dia ja. Risau sebab dia tu pregnant 7 bulan. Khamis malam kami dapat tahu yang babY Juwita dah tiada lagi. 

Jumaat tu alhamdulillah aku dan kawan-kawan dapat jugak pergi melawat Juwita. Ya Allah lemahnya dia. Semoga Allah beri kesembuhan buatmu adikku. Ko kena kuat demi Tiara dan family. Semoga Allah permudahkan urusanmu juwita.




Kami ke hkl naik grab pergi dan balik 

Pergi Rm54
Balik Rm49l



Khamis, 3 Januari 2019

Harraz Ke Sekolah

Assalamualaikum...

Harini adalah hari pertama buat Harraz ke sekolah. Teruja dan berdebar-debar ibu nak hantar Harraz tau. Tapi ibu tahu Harraz macam tak berapa nak pergi sekolah. Nampak dia happy  pagi tu pergi sekolah sebab dia ingat ibu, ayah dan adik memang join sekali pergi sekolah hehehe.





































Nilah buat kenangan anak ibu bila dah besor nanti hehehe


Ni suasna pagi parents tunggu anak2.







Kami sampai sekolah dalam jam 8 pagi. Tapi kami parents diberi masa dalam 1 jam untuk tunggu anak-anak. Harraz sampai sekolah je terus pergi ke playground. Nampak happy sangat dia.  Tapi masa start bagitahu ibu dan ayah kena keluar tunggu Harraz kat bawah. Harraz dah start merengek hehehe. Tapi kita bagi dia tenang balik. Pastu suruh dia main balik, kebetulan masa tu Teacher tengah suruh budak-budak lain berkumpul, tetiba tengok Harraz pun follow sekali. Dalam hati cakap dah, wahhh bagus ni boleh lah iu dan ayah keluar.


Tapi bila tengahari kita check FB school dia, tengok dia nangis siap kena dukung lagi..hehehe adeh..memang kenangan sangat..

Kalau Sudi Kliklah Sini