Jumaat, 4 Januari 2019

Takziah Juwita


Assalamualaikum....

Adik kami (sebab dia paling baby kat Credit dept.) Juwita telah dimasukkan ke ICU HKL lepas dokor dapat detect dia dijangkiti demam denggi tahap kritikal pada pagi 2/1/2019.

Sempat dapat pesanan suara Juwita bagitahu yang dia pagitu berada di Emergency HKL. Katanya doktor jumpa macam-macam pulak (sakit selain demam). Katanya doktor kata paru-paru dia dah berair dan dah merebak kat banyak tempat dan ada bocor sikit.

Kami kawan-kawan tak senang duduk dan asyik fikir pasal dia ja. Risau sebab dia tu pregnant 7 bulan. Khamis malam kami dapat tahu yang babY Juwita dah tiada lagi. 

Jumaat tu alhamdulillah aku dan kawan-kawan dapat jugak pergi melawat Juwita. Ya Allah lemahnya dia. Semoga Allah beri kesembuhan buatmu adikku. Ko kena kuat demi Tiara dan family. Semoga Allah permudahkan urusanmu juwita.




Kami ke hkl naik grab pergi dan balik 

Pergi Rm54
Balik Rm49l



Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Kalau Sudi Kliklah Sini