Selasa, 1 Januari 2019

New Year 2019 Di Emergency HSB

Assalamualaikum... Selamat Tahun Baru..


Penutup tahun 2018 yang membahagiakan. Kedatangan Maryam Afia pada penghujung tahun ni memeriahkan lagi family kecil kami. 

Sebenarnya nak cerita yang masa malam tahun baru haritu kami sekeluarga ke hospital Sungai Buloh (Jabatan Kecemasan). 

Telinga Bernanah

Sebenarnya last jumaat tahun 2018, aku dan kakak ayu pergi bawak Maryam ke Klinik Adam dekat Kuala. Doktor Adam sendiri dok teropong telinga Cik Yam, kata doktor dalamnya ada bengkak sikit dan nampak macam bisul kecil.

So doktor bagi antibiotik, ubat titik tak diberi sebab doktor takut Maryam tak selesa.
Bukan senang nak bagi baby 2 bulan makan ubat rupanya ya. Pandai pula si Maryam Afia ni meluah ubat tu balik. Nasib baik 1.5ml je ubat baby kena makan.

Nangis-nangis

Sepanjang Maryam sakit telinga ni mood dia memang ke laut sangat. Nasib baik ibu masih cuti bersalin kebetulan kat kampung ada buaian enjut sendiri, dapatlah mengubat sakit si Maryam ni.. tapi telinga dia tu masih sakit lagi sebab asyik nangis je. Ahad hari ke 3 kami balik Sunway. Tapi mood Maryam masih 😤 tak ok. Since esoknya husband kerja, jadi kami plan nak bawa Maryam pergi klinik kat area Sunway pulak keesokannya. Sebab esoknya cuti Tahun Baru.

Lepas tanya pendapat adik beradik, kami decided nak bawa Maryam ke Hospital terus, yelah risau kot ada benda yang serius jadikan, since Maryam baby 2 bulan, kecik nau lagi. Lepas je husband habis kerja lepas maghrib kami terus ke Sungai Buloh. Sampai kat sana terus ke emergency. Tine tu aku bawak buku pink n mykid Maryam.

Fast Lane

Memandangkan Maryam baby bawah setahun, so dia dapat priority fast lane (baby bawah setahun dan warga emas). Lama jugak walaupon fast lane tau..sebab kat Emergency ni banyak kes yang terkejut, so service akan makan masa yang agak lama jugaklah, so kenalah bersabar. Kami sampai 9:30pm dapat jumpa doktor dalam 12:15am macam tu. Amekko daftar 2018 ambik ubat 2019.

2/1/2019 Follow Up Pakar Telinga

Doktor check telinga Maryam, dan doktor memang nampak nanah tu..tapi punca tak pasti, then doktor terus book appointment untuk dirujuk kepada pakar telinga, sebab katanya babykan kecil sangat lagi. Aku pun risau gak kan sekarang ni macam-macam penyakit, so better kita rujuk pada yang pakar. Balik before balik doktor bagi ubat titis antibiotik. Lega sebab sebelum jumpa doktor tu aku 3 ke 4 kali keluar masuk bilik penyusuan. Almaklumlah beranak kecilkan.












Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Kalau Sudi Kliklah Sini