Ahad, 31 Januari 2016

Zafran & Thaqif Datang Rumah

Assalamualaikum...

Zafran dan Thaqif sepupu Harraz. Adik ipar datang ambil barang Zhulian. Semalam MIL kirim barang untuk dia. So dia plan nak datang ambil, dah malam sangat so terus tido kat sini.

Pagi tadi kami pergi sarapan dekat Bidara Restoran kat sebelah Sunway Pyramid. Lepas makan bawak anak-anak pergi main playground kat depan restoran tu je..lepas habis main terus balik ke rumah masing-masing.




Kanan: Zahran dan ayahnya 
Kiri: Harraz dan boyfriend ibu hehhe



Ni baby Thaqif adik kepada Zafran. dia nampaknya dah lebih besar daripada ibunya.




Sabtu, 30 Januari 2016

Dapur Tutup Ayuh Makan Kenduri

Assalamualaikum.. 

Alhamdulillah harini rezeki makan free. Makan lauk kenduri sedap sangat. Wedding ni dekat Nilai. Wedding sepupu husband belah arwah ayah mertua. Kemain panjang hehehe.. Majlis berlangsung di Dewan Majlis Perbandaran Nilai. Dekat je dengan rumah sepupu aku tapi tak sempat nak singgah sebab rushing.  Kira aku pergi nilai ni tanpa pengetahuan sepupu akulah..kira rahsialah ni hikhikhik.

Dapatlah jumpa sedara-mara belah husband. Setahun sekali baru jumpa. Itupun kalau ada majlis2 besar macam nilahkan. Seronok bila jumpa sedara mara belah suami ni. Sebabnya ramai sangat lepas tu semuanya ramah-tamah. Alhamdulillah syukur sangat sebab Allah kurniakan keluarga mertua yang sangat baik.

Mari kita tepek-tepek gambar masa majlis kat Nilai tadi. 



















Gambar sebelum dua2 tertido dlm perjalanan hehehe 
















Acu, Ibu dan Harraz


Teruk nau rupa ibu hhehehe 




 Ni SIL dan anaknya Zarif Adam












Jumaat, 29 Januari 2016

Akaun Tabung Haji Harraz

Assalamualaikum...

Harini nak cerita yang aku dah berjaya membuka akaun Tabung Haji untuk Harraz. Dah lama nak buat buku untuk dia tapi tak ada masa. 

Kebetulan Tabung Haji cawangan Kelana Jaya ada buat Roadshow di ofis, aku pun ambil kesempatanlah lari sekejab kemaskini buku aku dan sekaligus buka buku untuk anak kesayangan ayah dan ibu.

TH roadahow ni memang baguslah tapi kalau dibuat lebih daripada sehari lagi bagus. Sebab ada jugak yang xsempat nak update dan buka buku akaun. So minta-minta HR department dapatlah repeat lagi roadshow TH ni.








Ni buku akaun yang ibu dah buat untuk Harraz.


Buah belimbing kak Nadia bagi aku lupa nak bawak balik huhuhu harap eloklah dalam peti tu


Yang ni pulak aku dapat daripada event ofis jugak. Untuk 100 yang terawal so dapatlah voucher Subway RM10 (tapi valid kat subang sky park & Pavilion jerr) dan dapatlah botol kaler merah ni. Event War On Waste. 






Khamis, 28 Januari 2016

Rutin Setiap Pagi Ibu Harraz

Assalamualaikum..


Setiap pagi inilah kerjaku, memasak untuk anak kesayangan kami Harraz. Setiap pagi dok pikir nak masak apa untuk anak kecil no??

Sebabnya Harraz memang aku bekalkan makanan untuk bekalan dia ke rumah babysitter. Anak aku ni pemakan orang so kalau tak masak 1 hari untuk bekalan dia sangatlah rasa bersalah. Kalau lambat walau macamna sekalipun kena masak jugak, walaupun nasi putih dan telur kicap. Kadang-kadang kalau terbabas bangin lambat aku akan minta tolong pengasuh Harraz (ummi) masakkan..

Ummi memang suka memasak..tapi untuk kami anak yg 2 tahun ke bawah ummi galakkan kami bawak bekal. Ummi harraz sangatlah rajin, walaupon anak-anak bawak bekalan.. Ummi sangat rajin buat kuih dan kek. Anak akulah yang paling suka. Orang kata suka nau- naulah.

Nilah hasil aksi aku di dapur subuh tadi.. Anakku Harraz sesungguhnya ayah dan ibu sangat menyayangi anda...


Biasa-biasa je masakanaku..tapi yang luarbiasanya kasih sayang dan semangat untuk bangun pagi dan memasak tu yg penting...



Ni pulak nasi goreng sempoi untuk suami terchenta



Inilah bekalan aku nasi putih dan ikan bilis goreng dam sedikit sambal hitam... Sedap sangat.. Ni untuk bekalan tengahari.




Ini pulak bekalan Harraz..lauk masak lemak ikan siakap.. Lauk ni khas untuk Dia je ok



Yg ni bekalan aku untuk sarapan sama je macam husband punya.. Bawah ni saje close up sikit gambor ikan bilis goreng aku tadi...walaupon simple tapi puas..syukur alhamdulillah Allah bagi rezeki untuk kita semua..


Malam-malam ni teringin nak makan jagung rebus...




Rabu, 27 Januari 2016

Big Bang Snek Kegemaran Kami

Assalamualaikum....

Harini hari berjimat cermat sangat. Sebabnya harini aku merajinkan diri bawak bekalan untuk lunch. Alhamdulillah jimat duit hakak. Sebab harini sesen pon tak keluar duit dalam purse ni. Kipidap Ani...jangan hangat2 tahi ayam sudah...


Malam pulak husband masakkan mee goreng sedap. Tengoklah esok boleh bawak bekal lebih dinner ni...


Habis dinner sidai baju dan lepas tu layan snek seaweed podas...nama dah macam kumpulan big bang pulaa...







Isnin, 25 Januari 2016

Jalan-Jalan Cuci Mata di IKEA

  Assalamualaikum....

Isnin cuti kita jalan-jalan...















Tunggu ayah


Lama nau ayah ni..





Mari terbang











Kalau Sudi Kliklah Sini