Khamis, 28 Januari 2016

Rutin Setiap Pagi Ibu Harraz

Assalamualaikum..


Setiap pagi inilah kerjaku, memasak untuk anak kesayangan kami Harraz. Setiap pagi dok pikir nak masak apa untuk anak kecil no??

Sebabnya Harraz memang aku bekalkan makanan untuk bekalan dia ke rumah babysitter. Anak aku ni pemakan orang so kalau tak masak 1 hari untuk bekalan dia sangatlah rasa bersalah. Kalau lambat walau macamna sekalipun kena masak jugak, walaupun nasi putih dan telur kicap. Kadang-kadang kalau terbabas bangin lambat aku akan minta tolong pengasuh Harraz (ummi) masakkan..

Ummi memang suka memasak..tapi untuk kami anak yg 2 tahun ke bawah ummi galakkan kami bawak bekal. Ummi harraz sangatlah rajin, walaupon anak-anak bawak bekalan.. Ummi sangat rajin buat kuih dan kek. Anak akulah yang paling suka. Orang kata suka nau- naulah.

Nilah hasil aksi aku di dapur subuh tadi.. Anakku Harraz sesungguhnya ayah dan ibu sangat menyayangi anda...


Biasa-biasa je masakanaku..tapi yang luarbiasanya kasih sayang dan semangat untuk bangun pagi dan memasak tu yg penting...



Ni pulak nasi goreng sempoi untuk suami terchenta



Inilah bekalan aku nasi putih dan ikan bilis goreng dam sedikit sambal hitam... Sedap sangat.. Ni untuk bekalan tengahari.




Ini pulak bekalan Harraz..lauk masak lemak ikan siakap.. Lauk ni khas untuk Dia je ok



Yg ni bekalan aku untuk sarapan sama je macam husband punya.. Bawah ni saje close up sikit gambor ikan bilis goreng aku tadi...walaupon simple tapi puas..syukur alhamdulillah Allah bagi rezeki untuk kita semua..


Malam-malam ni teringin nak makan jagung rebus...




Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Kalau Sudi Kliklah Sini