Rabu, 29 April 2020

Acar Ikan Acik Joyah



Ikan kalau nak sedap tenggiri/cencaru/bawal (digoreng)

3 ulas bawang putih
1 biji bawang besar
1cm halia
1 sudu serbuk kunyit
1 sudu cili kisar (kalau lebih nanti kaler dia mcm sambal)
1 sudu serbuk jintan manis (kasar)
1 paket kecil kari ikan /daging (campur2 lagi sedap)
Cuka agak2 
Gula dan garam.. 

Lauk ni jenis masam2 manis.

Hiasan:-

Cili hijau
 cili merah
Timun buang tengah potong mcm fries
1 bawang besar ptong 4.

Cara masaknya:-

1. Goreng ikan.
2. Blendkan bawang putih, mak cik bawang dan halia tumiskan
3. Masukkan serbuk jintan manis, serbuk kari, kunyit dan cili kisar, goreng sampai naik minyak.
4. Pastu masukkan cuka, garam, gula, kalau pekat sgt letak air skit dah didih letakkan ikan, dan sayur2 hiasan.. Gaul2 siap ... Shoshedap...ehhee


Lauk ni jenis manis2 skit..kalau sapa tk mkan cuka guna asam jawa.. Tp rasa dia lain skitlah.





Ahad, 26 April 2020

Mee Keju


Bahan-bahanya adalah:-

1 ulas Bawang Holand (potong besar2 atau dadu ikut nafsu masing2)

2 ulas bawang (cincang je)

1 batang karot (potong ikut suka mcm laki aku

1 tin kecil tomato puree (mcm tin kecil sardin, tapi kalau xde tomato puree boleh je guna sos blognese sodap jugak)

5 sudu cili kisar (ikut suka nak pedas tambah je cili padi, tp kalau anak2 nak makan xyah isi, tapi laki sy akan masak asing)

Ayam potong kecik2 (ni kalau nak isi lebih lagi sedap)

Kiub ayam (laki aku letak 3 kiub ayam rupanya ish2. Patutlah sedap nau2 boleh botak palo den nihaa, dia kata kalau letak 3 xyah letak garam langsung)

1 buku Cheddar cheese (laki ku selalu pakai brand becca) yg ni parut dulu ya..kalau tak parut nanti dia xcair...

1 paket spagetti (direbus sedang2 masak je, laki ku kata, kalau picit spegetti tengah2 dia mcm keras2 skit) sebab nanti spagetti ni akan dicampurkan dgn kuah.

Hiasan 2 slice cheese.

Cara-cara:

1. Tumis bawang holand dan bawang putih sampai naik bau.

2. Masukkan cili dan goreng sampai naik minyak. Sesudah itu masukkan ayam masak sampai hilang air ayam, pastu masukkan tomato puree, kiub ayam, garam dan kalau nak masukkan gula skit pon boleh ikut tekak masing2.

3. Sesudah itu masukkan carot dan Air dalam 2 cawan, biar mendidih

4. Masukkan spagetti yg dah direbus dan cheease yg diparut. Gaul rata pastu tutup api dan tutup periuk tu. Nanti kuah tu akan meresap masuk dlm mee. So sapa2 tak suka mee kembang, jgn rebus spegetti tu terlalu lama.












Rabu, 8 April 2020

PKP Oh PKP



Hmmm harini hari yang keberapa entah Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ni, dah lama sangat duduk rumah sampai hari ni hari apa pon aku tak tahu?. Harap Rantaian Covid-19 dapat disifarkan dan diputuskan. Pergilah ke tempat asalmu wahai Covid-19.

Jab aku nak check kalendar........

Harini 4/8/2020 - Rabu dan ni dah masuk PKP fasa kedua. PKP fasa pertama mula pada 18/03/2020 pada hari yang sama juga. bermakna dah masuk 3 minggu aku tak jumpa my anak bujang Harrazaman.

Adoi rindu oi... semalam adik ipar aku hantar voice mail. Dia cerita pasal si Harraz. Lepas dia lipat baju, nenek minta Harraz simpan balik hanger (sangkut baju) dekat ampaian. Si Harraz plak punya banyak hanger, boleh pulak dia bawak 2 jek. Pastu nenek cakaplah,

Nenek : Harraz bawak lah banyak sikit. macam ni (nenek pi gantung hanger kat telinga)

Harraz : ....... (dia pun ikut apa nenek dia buat gantung kat telinga jugak, tapi muka serius kot. Dengan penggantung spender yang bulat pun dia gantung kat telinga)

luruslah pulak anak aku ni....

Acu : Gelak......je

Aku bagi laki aku dengar VM adik ipar... sekali muka laki aku sedih...pastu dia kata "kesian anak aku kena buli dengan nenek".

Tu aku cakap dengan Adik, maybe Harraz ingat tu benda baru kot, sebab tu dia buat sebelum ni tak pernah pulak ibu dan ayah aku ajar macam ni. Kelakar lah nenek dan Harraz ni.

Semoga Harraz anak ibu sentiasa sihat kat sana okey. Ibu, ayah dan adik sayang dan rindu sangat dekat abang. Ambiklah peluang belajar dengan acu dan nenek. Setiap hari ibu rindu anak ibu. Dengar cakap Acu dan nenek k. Jangan gaduh-gaduh dengan Zafran & Thaqif.

Nanti bila Polis kata ibu dah boleh keluar rumah, ibu dan ayah akan ambik abang. Hopefully kita dapat jumpa before ramadhan or birthday abang.













                     

Khamis, 2 April 2020

Rindu Harrazaman

Hari ke 16 Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dijalankan kerajaan bagi mengelakkan penularan virus Covid 19 di Malaysia. Sepanjang 2 minggu yang leoas Harraz berada di rumah nenek.  Sukar untuk bawa Harraz balik Sunway sebba semua jalan Polis dan tentera berkawal. Jadi tak boleh sewenang-wenang nak balik PD.

Rindu

Kesian Harraz menanggung rindu hari ke 4 dia dah nampak sedih dan mula tanya kenapa ibu tak datam (datang biasalah oelat sikit heheh) sini.

Sampai nenek dan Acu sorokkan handphone yang kami bekalkan. sebab nanti dia akan call or VC, tak pasal-pasal nangis lagi.


Semalam, setelah lebih 2 minggu duduk dengan nenek Harraz dah nampak perubahan yang positif. Alhamdulillah sihat, dan nampak happy. Kalau anak ibu happy, ibu dan ayah pun rasa lega.

Kalau Sudi Kliklah Sini