Assalamualaikum...
Cepatnya masa berlalu, sorang-sorang officemate akan meninggalkan department kami. Sedihnya lahai. Dengan keadaan ekonomi sekarang yang kurang stabil, company tempat aku kerja ada menawarkan satu Skim yang dinamakan Mutual Separation Scheme (MSS). Sesiapa saja yang ditawarkan MSS ni bukan setakat berhenti kosong macamtu je, mereka akan diberikan pampasan gaji mengikut usia perkhidmatan. Tapi kalau umur macam aku ni agak takut jugaklah kalau kena MSS, tapi kalau dah kena nak buat macam mana, redho dan tawakkal pada Allah.
Lain pulak cerita sahabatku Kak Nadia ni. Last minit dapat arahan daripada bos tak sampai 2 minggu kena lapor diri dengan jabatan lain. Kesian tau, sebab dia last minit bagitahu, nak pikir pun tak se,pat sebab dah macam kena paksa. Dengan keadaan sekrang kita tak boleh kata tidak, ikut jelah. Arahan CFO sapa boleh lawan. Katanya dia ke sana cuma 2 bulan sahaja, kita doakan supaya lepas 2 bulan berlalu kak Nad akan kembali semula. Ameen.
So semua kerja-kerja kak Nad selepas ni akan dibantu oleh kami semua. Hopefully semua kerja baru yang akan kita semua galas nanti akan berjalan dengan lancar.
Best of luck Kak Nadia dan semua rakan-rakan di Credit department.
Bos dan OAnya (hampir 10 tahun mereka bekerjasama)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan