Terbaru drama adaptasi novel Pembancuh Kopi Mr Vampire karya Aii Fariza sedang bersiaran di HyppTV. Drama arahan Eyra Rahman ini menampilkan pelakon Ungku Ismail Aziz dan Nazeera Sardi memegang watak utama. Telah bersiaran pada 15 Mac lalu dan anda boleh muat turun applikasi #HyppTVEverywhere di apps store atau google store untuk menonton HyppTV.
Para Pelakon
Ungku Ismail Aziz, Nazeera Sardi, Lia Natalia, Fatin Afeefa, Sharifah Shahora, Shahronizam, Ellyas Abdullah, Aizat Hassan, Dayang Areeda, Fahmy Reza, Adam Shahz, Shima Anuar, Amanda Hariz, Ellyas Abdullah, Epy Kodiang, Serina Redzuawan.
Sinopsis Pembancuh Kopi Mr Vampire
Selaku CEO, Alif Irsyad tidak pernah mengimpikan jatuh cinta pada seorang waitress. Teori Irsyad mudah. Gadis biasa seperti Nuzul tidak layak digandingkan bersamanya. Alif Irsyad dengan yakin memberitahu rakannya Saiful bahawa dia tidak mudah jatuh cinta lebih-lebih lagi kepada perempuan yang tidak setaraf.
Tetapi kata-kata tersebut memakan dirinya kerana dia mula jatuh cinta kepada Nuzul, pekerja kafe Saiful dan merupakan kawan baik isterinya, Laila. Pada mulanya Alif Irsyad menidakkan perasaannya pada Nuzul namun makin dielak makin menjadi-menjadi lalu diluahkan perasaannya itu kepada Nuzul. Bermulalah kisah suka duka antara mereka berdua.
Jangan ketinggalan menonton drama Pembancuh Kopi Mr Vampire pada setiap hari Rabu dan Khamis jam 9.00 malam di saluran HyppSensasi 116.
Sinopsis Novel PEMBANCUH
KOPI MR. VEMPIRE
Selaku CEO, Alif
Irsyad tidak pernah mengimpikan jatuh cinta pada seorang waitress.
Serasa putaran dunianya bertukar paksi. Teori Irsyad mudah. Gadis biasa seperti Nuzul tidak
layak digandingkan bersamanya. "Logically or practically memang tak
mungkin terjadi bagi kau, Syad. Tapi kau kena ingat semua perkara ini cuma
terbatas di fikiran sedangkan bukannya sesuatu yang impossible untuk berlaku.
Jangan sampai teori logik akal kau memakan diri. Secara praktikalnya pulak kau
datang mengadu dekat aku yang kau dah jatuh cinta dengan wanita macam
Nuzul." Syed Saiful.
Sumpahan atau doa
seorang sahabat? Bermati-matian Irsyad menafikan rasa namun, pesona si gadis
merantai naluri. Akhirnya bisikan asmara mendahului jiwa yang kelelahan cinta.
Lantaran itu, Irsyad akur demi meneguk kasih seorang Nuzul Filzah.
"Aku sukakan
kau, Nuzul. Lebih daripada nyawa ini aku boleh berikan pada kau."
"Encik…."
"Please be
mine. Jadi milik aku supaya aku boleh menjaga kau dan adik-adik kau."
"Jangan suka
saya boleh tak?"
"Dah terlambat, Nuzul. Aku jatuh cinta dengan kau lebih awal daripada ini.
Sekarang hati aku hanya inginkan kau. Aku nak jadi sebahagian daripada keluarga
kecil kau." Impian cinta mereka berdua mula punah apabila Nuzul
meninggalkan Irsyad tanpa khabar berita. Kehilangan Nuzul membuatkan hidup
Irsyad tidak tentu arah. Tanpa disangka selepas 4 tahun mereka bertemu semula,
Irsyad menagih jawapan Nuzul tentang sebab dirinya menghilangkan diri namun
Nuzul terus - terusan mengelak dari persoalan itu. Walaupun mereka akhirnya dah
berkahwin, Irsyad masih belum mendapat jawapan tentang sebab Nuzul
meninggalkannya suatu ketika dulu. Apa yang berlaku seterusnya?..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan