Jumaat, 2 Jun 2017

Drama Pilihanku : Budak Ijat



Cerita ni memang best giler....RAMAI NAU ORANG LATAH DALAM NI... KELAKO SANGAT


Drama terbaru di Slot Iris, Budak Ijat yang ditayangkan setiap hari Isnin hingga Khamis jam 6.30 petang. Terbitan syarikat Radius One Sdn Bhd dan diarahkan Shahrulezad Mohameddin. Bersiaran 22 episod bermula hari ini 17/5/2017.

Para Pelakon

Nik Adam Mika, Amy Mastura, Azhan Rani, Zaidi Omar, Noryati Taib, Ieda Moin, Eyra Hazali, Elmy Moin, Farzana Latiff, Akhbar Latefi.

Sinopsis Budak Ijat

Budak Ijat, Usin dan Nabiha tolong Mak Der yang baru pindah rumah. Mak Der baru kematian suami dan pindah ke rumah wasiat milik ayahnya dulu. Antena TV Mak Der rosak dan Budak Ijat tawar diri untuk bantu.
Sebab takde tangga, Budak Ijat dapat idea dan panjat pokok mangga Tok Mat untuk capai antena tv rumah Mak Der. Ketika sedang panjat, Tok Mat keluar rumah dan marahi Budak Ijat. Tok Mat tuduh Budak Ijat nak curi mangganya dan Mak Der pun pertahankan Budak Ijat.
Mak Der bertekak dengan Tok Mat tetapi Tok Mat masih tak percaya dan suruh Budak Ijat turun dari pokok. Manakala di pejabat, Razak sedang sibuk kerja dan Hamid datang minta duit untuk baiki lori syarikat.
Razak yang terlalu sibuk terpaksa berikan kunci peti petty cash pada Hamid dan Hamid ambil kesempatan untuk curi duit dari peti petty cash itu. Tok Mat cuak bila fikirkan keselamatan buah mangganya. Lalu dia tanda setiap buah mangga itu dengan namanya agar tiada siapa boleh curi.
Budak Ijat berikan buah mangga itu kepada Tok Imam yang menyangka buah mangga itu ayah Budak Ijat yang beli. Selepas solat terawih, Tok Imam jamu orang-orang surau dengan makanan ringan dan buah mangga dari Budak Ijat.
Tok Imam puji Budak Ijat di hadapan orang kampung manakala Tok Mat pula terkejut bila tengok buah mangga dia ada di situ. Keadaan jadi kecoh apabila Tok Imam dapat tahu yang buah mangga itu adalah milik Tok Mat yang diambil tanpa izin.
Maka Tok Imam berleter panjang soal halal haram yang boleh membawa ke neraka. Budak Ijat terkejut dan rasa amat bersalah. Keesokan hari, Ramadan pertama. Joyah beriya-iya suruh Fatimah beli beg tangan baru yang diimport dari London.
Joyah bodek Fatimah yang kononnya dia akan lagi lawa dan bergaya dengan beg tangan itu nanti. Termakan dengan kata-kata puji. Fatimah sudi beli beg tangan itu walaupun tiada duit. Fatimah turut muat naik status di FB tentang beg tangan barunya yang bakal dia gayakan Hari Raya nanti.
Saksikan drama Budak Ijat ini setiap hari Isnin – Khamis pukul 6.30 petang di slot Iris TV3.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Kalau Sudi Kliklah Sini