Alhamdulillah Allah panjangkan umur aku, sepanjang hampir 31 tahun ni macam-macam perasaan suka dan duka yang dah aku lalui. Lumrah kehidupankan, semua orang akan diuji, cuma cara seseorang tu terima ujian berlainan. Ada ujian dalam bentuk gembira dan sedih. Tapi kita ingat 1 je, Allah takkan uji melebihi daya hamba-Nya.
Raya terakhir semasa mak sihat 2012, sebulan sebelum our wedding.
Raya 2010
Seronok bila mana, kita masih mempunyai ibu ayah dan adik-beradik. Tambah lagi bila kakak dan abang berkahwin, dapat pulak anak buah semakin meriahlah rumah kami.
KAHWIN
28/09/2012, Jumaat adalah tarikh pernikahan aku dan suami, masa tu bukan aku je yang seronok, arwah maklah yang paling lega sebab anak bongsu dia dah selamat bernikah. Semangat betul arwah mak nak buat majlis. Walaupun bajet tak berapa nak ada sebab arwah terover bajet perbesarkan dapur hehehe, tapi alhamdulliah everything went well. Masa ni arwah mak sihat lagi..
comel je mak...hihihi
PEMERGIAN ARWAH MAK
26/08/2013 hanya Allah je tahu betapa deritanya arwah mak menanggung sakit luka yang besar sampaikan nampak isi sampai ke tulang. begitu singkat waktu berjalan, bermula daripada arwah jatuh motor selepas tu doktor sahkan arwah terkena jangkitan kuman di paru-paru. lebih kurang 2 minggu lebih arwah di masukan dalam unit kawalan rapi (ICU). Banyak peristiwa-peristiwa sedih masa arwah sakit. Paling aku tak sanggup tengok arwah menahan sakit bila buat dressing luka kat belakang arwah. Menggigil menahan sakit, kami adik beradik sentiasa di sisi arwah bila cuci luka, aku peluk badan dan cium mak sambil suruh mak zikir, along pulak pegang punggung mak sambil kipas-kipas kat tempat luka dan abang aku urut-urut kaki mak. Ya Allah betapa kuatnya arwah masa tu, aku pun tak sanggup nak tengok, tapi masa tu setitik air mata pun tak keluar daripada mata aku. tapi masa menaip sekarang ni mencurah-curah air mata aku.. sedih.
Ni masa 1st time arwah mak dimasukkan ke wad Alo Gajah, sebab hypo. Lepas je keluar daripda sini yang kesihatan mak terus menurun.
Kesian kat mak kena travel jauh dan duduk lama dalam kereta. Dari Kuala Linggi ke Gombak. Masa ni nampak adik beradik bergabung meletup, gigh nak rawat luka mak. Kalau weekend mak akan tido rumah aku. Ingat lagi masa mak tido sini, aku mengadu kat mak, aku sakit pinggang, lepas tu aku cakap badan ni rasa lain (macam pregnant). Pastu mak cakap, kalau angkat mak, ko tahanlah nafas. InsyaAllah tak ada apa. Masa ni mak selera makan tau.(seminggu sebelum meninggal) Arwah makan bihun sup, air tangan menantunya aka suami aku. Dia punya selera sampai aku takut, sebab takut gula dalam darah naik.
Proses dressing luka mak ni lebih daripada 5 kali rasanya. adalah dalam 2 minggu sampailah akhir hayat arwah, sempat ke Pusat rawatan. Tapi masa tu aku tak follow sebab aku ada hal di Penang. Along ada cerita masa perbualan telefon dengan aku, katanya mak senyap je bila orang tu dressing, senyap dan tak menggidil dan sebut Allah. (Mak kalau sakit sungguh2 dia cuma sebut Allah je, so kami faham yang mak memang sakit sangat). Masa aku on the way balik dari Penang kak ayu aku ada kol, katanya mak macam semput. Aku dah tak sedap hati, pastu kakak kata mak dah tido. Dekat jam 12:30, time tu aku dah sampai kat Gombak, kak ayu call, sambil nangis kata mak dah tak ada. Ya Allah... luluh hati ni, ralat sebab tak dapat jumpa mak untuk kali terakhir. menangis sampai muntah aku.
Mak pergi semasa tidur
Sedih tapi dalam masa yang sama, berakhirah derita mak menanggung sakit. Urusan pengebumian dipermudahkan Allah, Alhamdulillah.
SUAMI
Alhamdulillah dikurniakan suami yang sangat menyayangi aku. TQ abang, sentiasa ada dikala diri ini kesedihan. Balik keje atas motor duduk belakang husband pun nangis teringat arwah. Hargailah ibu anda selagi ada.
HAMIL
Dalam gembira ada sedih, dalam suka ada duka, itulah lumrah hidup. Hilangnya mak rupanya disebalik Allah berikan rezeki. Syukur di atas rezeki.
Hampir 3 Tahun 6 bulan arwah mak pergi. Pemergian mak masih dirasai, semoga Allah ampuni segala dosa-dosa mak. Lapang dan terangilah kubur ibuku ya Allah dan jauhkanlah azab kubur daripada ibuku. Kasihanilah dia sebagaimana dia mengasihaniku sejak aku kecil sehingga hayatnya.
Amin.
Ramadan 9, 2017
Tiada ulasan:
Catat Ulasan