Ahad, 27 Mac 2016

Kerusi Makan Harraz

Assalamualaikum...

Harini kami keluar ke IKEA, Mutiara Damansara. Saja jalan-jalan sambil tu carilah kerusi makan untuk Harraz.  Kami keluar awal sebab takot panas sangat. Harini suhu 35 ke 36 darjah celcius. Panas betul..

Barang yang aku beli, kerusi makan Harraz Rm49.90, Plastik bungkus makanan Rm 9.90x2, Panda 🐼 Harraz Rm11.90, selimut aka gebor Rm8.90 dan lampu usb pc 💻 Rm12.90.


Inilah hero utama yang nak dicari...


Budak ni tahan mata je..balik daripada IKEA terus tido. Ibu gembira sebab dapat jalan-jalan.






























Lepas pergi IKEA, terus jalan-jalan ke IKANO jab. Singgah sebentar di Factory Outlet, dapatlah belikan Harraz sehelai seluar. Keaian anak ibu seluar dah singkat mingkat..




Lepas beli barang semua, tekak ni teringin nak makan nasi kukus Ilham. So husband pon tapaukan untuk ibu dan anak. Tak makan sana pon sebab cuaca panas sangat. Kebetulan anak pon tido. Tapau pon sedap gak.. Bila husband bawak masuk dalam kereta, semerbak bau ayam goreng dia..lapor nya...











Kami makan tapi anak tido..tu lah new friend Harraz En Penda...



Mas Harraz tido tadi sempatlah aku gosok baju untuk seminggu. Time management kena ada..kalau tidak esok bangun pagi lagi banyak senda nak kena buat.. Takot lambat..sekarang ni Company aku dah start memerhatikan staff...huhu risau takot kena buang kerja pulak nanti. Almaklumlah dengan keadaan ekonomi yang tak menentu ni, banyak company nak kurangkan pekerja. So faham-faham ajelah.




Sabtu, 26 Mac 2016

Asam Pedas Abang

Assalamualaikum..

Sabtuday yang indah...hehehe. Lepas subuh tertido balik. Bangun je dari tido husband dah siap-siap buatkan air kopi dan cuci udang kecik. Bawang pon dia potongkan sekali.. Aku pon teru masuk dapur terus buat adunan cucur udang. Cucur udang cicah sos cili buatan suami dan kari keoala ikan salmon air tangan aku.




Tengahari pulak aku masakkan asam pedas special untuk husband. Hehehe macam-macam pesanan sebelum aku masak.. Dia kata 'ayang masaklah sedap-sedap, rasa masam tu biar lebih' iyalah.. Aku ni bukannya apa..Kadang-kadang masak jadi, kadang masak rasa ke laut gak. Wat kate bos aku 'everybody make mistakes' kali ni InsyaAllah sedap sebab ikan parang fresh sangat. Beli kat maydin uols. Harga semasa ikan parang RM21.90 per kg.






Digabungkan dengan telur dadar dan kicap kipas udang lepas makan kita berkipas..hehehe lagilah sedap. Memula Ayah Harraz kate nak makan lepas tengok movie. Tapi lepas tengok asam pedas parang terus makan uols. Alhamdulillah husband suka. Isteri pon gembira. Untuk Harraz aku gorengkan ikan.



Jumaat, 25 Mac 2016

Ulangtahun Ayahanda Ke-70

Assalamualaikum...

Harini 25 Mac 2015, birthday ayahanda aka atok Harraz yang ke-70. Ayah di lahirkan pada tahun 1945. Arwah mak pulak 9 Disember 1949.

Malam baru sempat nak call ayah wish birthday. Bila call seronok dengar suara ayah yang happy mana taknya kakak, abang ipar dan anak buah aku buat surpise belikan kek, siap tiup lilin lagi, kata atok. Alhamdulillah ayah sihat.





Doa kami semua, anak-anak ayah, semoga ayah sentiasa sihat, bahagia dan murah rezeki . Ayah je harta yang kami ada. I love you Ayah. Semoga atuk cool 😎 selalu ok.

Ahad, 20 Mac 2016

Sejenis Throwback : Sanding 29 Sept 2012


Assalamualaikum...

Ok kita sambung  Sejenis Throwback. Kalini aku nak tempek gambo masa majlis langsung @ Resepsi dan gambar-gambar aoutdoor kami. Outdoor kami buat dekat belakang rumah aku je tau... mujur rumah dekat dengan laut kan.. tak delah cair makeup ni...





































Mak dan Ayah




Yang bestnya balik daripada photoshoot periuk belanga semua dah siap basuh...untung-untung.


Kalau Sudi Kliklah Sini