Harini kami keluar ke IKEA, Mutiara Damansara. Saja jalan-jalan sambil tu carilah kerusi makan untuk Harraz. Kami keluar awal sebab takot panas sangat. Harini suhu 35 ke 36 darjah celcius. Panas betul..
Barang yang aku beli, kerusi makan Harraz Rm49.90, Plastik bungkus makanan Rm 9.90x2, Panda 🐼 Harraz Rm11.90, selimut aka gebor Rm8.90 dan lampu usb pc 💻 Rm12.90.
Inilah hero utama yang nak dicari...
Budak ni tahan mata je..balik daripada IKEA terus tido. Ibu gembira sebab dapat jalan-jalan.
Lepas pergi IKEA, terus jalan-jalan ke IKANO jab. Singgah sebentar di Factory Outlet, dapatlah belikan Harraz sehelai seluar. Keaian anak ibu seluar dah singkat mingkat..
Lepas beli barang semua, tekak ni teringin nak makan nasi kukus Ilham. So husband pon tapaukan untuk ibu dan anak. Tak makan sana pon sebab cuaca panas sangat. Kebetulan anak pon tido. Tapau pon sedap gak.. Bila husband bawak masuk dalam kereta, semerbak bau ayam goreng dia..lapor nya...
Kami makan tapi anak tido..tu lah new friend Harraz En Penda...
Mas Harraz tido tadi sempatlah aku gosok baju untuk seminggu. Time management kena ada..kalau tidak esok bangun pagi lagi banyak senda nak kena buat.. Takot lambat..sekarang ni Company aku dah start memerhatikan staff...huhu risau takot kena buang kerja pulak nanti. Almaklumlah dengan keadaan ekonomi yang tak menentu ni, banyak company nak kurangkan pekerja. So faham-faham ajelah.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan