Assalamualaikum...
Ahad ni kita duduk rumah jelah.. Sebab semalam kita dah jalan-jalan. Semalam dah makan nasi ayam air tangan suami tercinta. Harini turn isteri pulak masak kan. Aku masak ikan kerisi sambal je.. Sayur salad, timun jepun, tomato aku campur dengan sos 1000 island. Pastu panaskan ayam masak lemak cili padi MIL bekalkan khamis lepas. Malam pulak ayah harraz buat roti celup telur campur dengan cheese.. Berselera anak kami makan.
Ini semu cerita semalam
Macam biasalah setiap kali hari ahad ni mood malas nak kerja mesti menjelma. Dalam hati ni asyik cakap..hmm esok kerja daa... Kan syok kalau esok cuti..huhu mimpi jelah. Tengahari masak pastu bagi harraz makan, lepas makan bagi dia main kejab, lepas tu tido. Haaa masa dia tido lah macam-macam benda boleh buat. Contohnya menggosok baju untuk seminggu...
Malam dah boleh relax dan lipat baju sambil tengok tv.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan