Harini dapat mesej daripada kak long aku di group whatsap family. Allah tetiba kak long bercerita pasal Arwah mak kami. Tadi kak long jumpa bff arwah mak Cik Ketip aka Latipah kot namanya. Aku kenal cik ketip ni since sekolah rendah dulu. Sebabnya anak dia sebaya aku. So dulu kalau ada majlis sign report card or mesyuarat PIBG mesti cik ketip ni ada duduk dekat mak aku. Diaorang ni pon sebaya jugak masa sekolah tu.
Kebetulan kak long aku jumpa cik ketip kat wedding. Pastu dia sempat bercerita pasal hari terakhir masa arwah mak kami pergi buat selamanya. Sedih pula.aku rasa kalau aku ada masa cik ketip tu bercerita confirm air mata dan air hidung aku ni meleleh2. Rindunya dengan arwah mak.. Semoga mak tenang di sana.. AL-FATIHAH...
Gambar ni masa raya 2012.. Lebih kurang sebulan sebelum akunya wedding..dan nilah kali terakhir mak pakai baju dan sambut raya masa sihat. Mak pergi masa minggu ke 3 syawal 2013.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan