Sabtu, 12 Mac 2016

Cinema Time with Harraz: Kali Ke-2

Assalamualaikum... 

Dah 3 minggu berturut-turut kerja hari sabtu. So harini bila tak kerja syoknya... Puas dapat rehat. Pagi kemas-kemas rumah, tengahari husband masak nasi ayam. Petang bawak Harraz tengok wayang dan dinner di Nandos @ Citta Mall. Ingat nak layan movie dekat Sunway Pyramid je..tapi Tgv full. So kita pergi ke MBO Citta Mall je. Dekat dengan office aku. Tempat pon x besor senang nak cari parking.













Lepas tengok movie bagi dia hiburan lagi.

Kali kedua ekami bawak Harraz ke panggung wayang. First time last year kitaorang join tengok wayang dengan staff Animonsta.time tu kita tengok di Gsc Ioi City Mall @ Putrajaya. Kami join sebab kawan ayah Harraz kerja kat situ. Kira harini tengok Boboiboy The Movie kira macam menyokong kawan ayah Harrazlah 'babah Syamir'..

Bercerita pengalaman yg lepas tengok wayang dengan anak kecik ni memang haru..yela tengok Avengers kot..memula je ok halfway dah panas bontot. Tapi alhamdulillah boboiboy ni Harraz behave sangat.. Tapi dah nak abes tu biasalah budak dah boring kot. Nasib baik ambil 3 sit..yang dah abes tu bila kenangkan balik kelakor pon ada. Boleh pulak anak aku meniarap dan siap menyabung kaki bawah sit aku duduk..nasib dah hujung-hujung Harraz... Keseluruhan movie ni best dan sangat kelakar...so bagi sesapa ada anak kecil atau yang minat boboiboy ni sila lah pergi menonton.. Silalah menyokong filem animasi Malaysia. Anak melayu kita pulak tu kan. 

Kami dinner kat Nando's.. 1st time aku makan kat sini..saja jelah merasa..hmm bagi aku ayam dia oklah..tapi sos dia tak kena dengan tekak aku..cicah dengan sos 🍅 tomato dia lagi Best. Tapi tak pelahkan..sesekali merasa.. Alhamdulillah kenyang.






Ok kitabagi sedikit sinopsis filem Animasi Boboiboy The Movie :


Filem pertama BoBoiBoy ini membawa BoBoiBoy dan kawan-kawannya mengembara di sebuah pulau misteri yang menempatkan sebuah Sfera Kuasa purba daripada Ochobot dengan kuasa yang tidak terperi.

BoBoiBoy akan menentang musuh yang paling sukar, seorang pemburu harta karun asing yang sedang mencari untuk memanfaatkan kuasa daripada Sfera Kuasa ini untuk keperluan sendiri. Perlumbaan antara BoBoiBoy dan makhluk asing untuk mencapai Sfera Kuasa dan membuka kunci kuasa baru. Alami tempat baru eksotik, yang tidak pernah dilihat, penjahat dan kuasa baru dari BoBoiBoy.

Sekumpulan pemburu harta asing bernama Tengkotak telah tiba di bumi dan menculik Ochobot untuk menggunakan ia untuk mencari "Sfera Kuasa" purba yang berkuasa bersembunyi di bumi. BoBoiBoy dan kawan-kawan kini perlu berlumba dengan masa untuk menyelamatkan Ochobot dan membongkar rahsia di belakang "Sfera Kuasa". Perjalanan mereka akan membawa mereka pada pengembaraan yang penuh dengan tindakan, komedi, dan kawasan yang indah.
Antara watak watak baru Klamkabot, Bora Ra, Gaga naz, YoYo Oo, Kiki Ta dan Cici Ko.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Kalau Sudi Kliklah Sini