Sabtu, 26 Mac 2016

Asam Pedas Abang

Assalamualaikum..

Sabtuday yang indah...hehehe. Lepas subuh tertido balik. Bangun je dari tido husband dah siap-siap buatkan air kopi dan cuci udang kecik. Bawang pon dia potongkan sekali.. Aku pon teru masuk dapur terus buat adunan cucur udang. Cucur udang cicah sos cili buatan suami dan kari keoala ikan salmon air tangan aku.




Tengahari pulak aku masakkan asam pedas special untuk husband. Hehehe macam-macam pesanan sebelum aku masak.. Dia kata 'ayang masaklah sedap-sedap, rasa masam tu biar lebih' iyalah.. Aku ni bukannya apa..Kadang-kadang masak jadi, kadang masak rasa ke laut gak. Wat kate bos aku 'everybody make mistakes' kali ni InsyaAllah sedap sebab ikan parang fresh sangat. Beli kat maydin uols. Harga semasa ikan parang RM21.90 per kg.






Digabungkan dengan telur dadar dan kicap kipas udang lepas makan kita berkipas..hehehe lagilah sedap. Memula Ayah Harraz kate nak makan lepas tengok movie. Tapi lepas tengok asam pedas parang terus makan uols. Alhamdulillah husband suka. Isteri pon gembira. Untuk Harraz aku gorengkan ikan.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Kalau Sudi Kliklah Sini