Ahad, 29 Mei 2016

Selamat Datang Ramadan

Assalamualaikum..

Alhamdulillah.. Seminggu je lagi umat islam akan menyambut bulan Ramadan. Semoga ban ramadan tahun ni akan jadi lebih baik daripada yang lepas.

Mariati Ms:
Norzilayati Smks:
*KITARAN UMUR*
Semoga sempat bertemu Ramadhan..😭

Ketika umur kita bawah 10 tahun, kita percaya bahawa bermain merupakan perkara sangat penting. Sebab itu kita suka bermain. Pagi petang siang malam mahu bermain.

Ketika umur kita belasan tahun pula, kita merasakan kebebasan itu lebih penting. Sebab itu kita ingin menyuarakan pendapat sendiri. Ingin suara didengari. Kita banyak memberontak dan sedikit keras kepala. Kita menjadi degil dan tidak mahu mendengar kata.

Beranjak kepada umur 20-an, kita berasakan pendidikan dan kerjaya pula penting. Sebab itu kita belajar bersungguh-sungguh untuk memperoleh kerjaya yang setimpal. Kadang-kadang kita berasa menyesal tidak belajar bersungguh-sungguh dahulu. Melihat kawan-kawan mendapat pekerjaan yang baik kita berasa cemburu. Alangkah ruginya kita mempersiakan hidup sebelum ini.

Meningkat kepada umur 30-an, kita semakin sedar bahawa kewangan itu pula penting. Masa inilah kita sedang membina hidup. Membina keluarga. Ingin membeli kereta,  rumah, tanah, aset, melancong dan sebagainya.

Namun akhirnya, kita akur tatkala memasuki fasa 40-an. Bahawa perkara yang paling penting dalam hidup ialah kesihatan. Kekayaaan dan lain-lain tidak bermakna dengan tahap kesihatan yang tidak memuaskan. Pada masa ini darah tinggi, kencing manis, jantung sakit  dan lain-lain sedang cuba melamar. Masa inilah kita menyesal kerana sibuk dengan kerjaya sehingga lupa untuk bersenam, menjaga kesihatan ketika umur remaja dan meningkat dewasa.

Memasuki era 50-an, tatkala kita sudah memiliki semua impian, akhirnya kita sedar bahawa perkara yang lagi penting dalam hidup ialah kasih sayang. Kita sedikit kesunyian tatkala anak-anak sudah berkahwin dan tinggal di tempat lain. Anak-anak yang sibuk dengan kerjaya menjadikan kita rindu saat-saat indah bersama mereka di usia kecil. Rumah banglo besar, kereta besar seakan-akan tidak lagi bermakna. Rumah besar kosong dan sunyi sepi. 

Kehidupan mesti diteruskan. Tatkala memasuki usia 60-an, kita semakin sedar bahawa hanya amal ibadat perkara yang cukup bermakna sebagai bekalan menuju ke sana. Segala kemewahan dan kebendaan tidak lagi bermakna. Kubur bakal menjemput bila-bila masa. Rumah hampir setiap hari menyatakan selamat tinggal. Mujurlah Tuhan masih membuka pintu dan menerima taubat yang kita pohon.

Demikianlah kitaran hidup. Kanak-kanak akan menjadi remaja. Remaja akan menjadi dewasa. Dan dewasa akan melangkah ke alam usia emas. Usia hanyalah pinjaman. Dunia hanyalah pinjaman. Amatlah rugi jika kita mempersiakan hidup dengan perkara yang merugikan dan melalaikan. Terlibat dengan gejala dadah, berkawan dengan rakan yang melalaikan, atau terlalu sibuk dengan kebendaan.

Hidup ini hanya sementara .Kejarlah akhirat sebelum tertiarap. Dunia juga penting. Kerana dengan dunialah kita akan ke akhirat. Semoga kita semua kekal dalam keberkatan, keredaan dan kasih sayang Tuhan.

Wallahu'alam..

(nukilan ini aku copy daripada mesej whatsapp daripada kak long aku, Mariati Md som)p

Jumaat, 27 Mei 2016

Goodbye Kak Yati

Assalamualaikum...

Hampir 6 tahun perkenalan dengan kak Yati. Harini adalah last day kak Yati bekerja di SDP. Kami doakan Kak Yati sentiasa sihat dan bahagia dengan family tersayang.






Kebetulan harini jugak SDP ada buat buat event Home and Lifestyle Day. Bolehlah buat cuci mata ni..nak beli tapi poket tak asyukk.. Donat JCo pon kak Ainon belanja hehehe















Bawah ni gambar 'biskut-biskut' bergambar bersama-sama.. Suka nau.











Ahad, 15 Mei 2016

Aqiqah Cucu

Assalamualaikum...

Aku dah jadi nenek, hehehe muda lagi dah jadi wan ya. Dah dua orang cucu dah aku ni. Tapi cucu sedaralah, cucu kepada sepupu aku. Kenduri Aqiqah dan kesyukuran cucu yang kedua kepada sepupu aku panggil Angah. Masa cucu pertama majlis Aqiqah buat kat rumah dia, tapi kalini maybe giliran besannya di Banting. Tahulah kan bila kate buat kat rumah orang lain ni macam segan sikitlahkan, tapi disebabkan saudara dekat pulak tu jadinya aku dan suami gagahkan jugaklah pergi ke Banting. Dalam kata tak nak pergi sampai jugak kita ya...alhamdulillah.

Angah aku kata datanglah time makan tengahari, makanya aku pon gerak dalam 12.00 tengahari dan sampai sana dalam waktu zohor macamtu. Kak long aku sampai dulu, pastu dia call katanya macam tak ada orang je. Nampan macam baru nak setup meja lauk bagai. Rupanya majlis dia mula jam 3.30pm. Sampai je kat sana dapatlah jumpa kak Long aku. Kami makan awal. Pastu tunggulah jugak dalam 1 jam. Lepas sejam tunggu barulah nampak rombongan acik-acik marhaban berdedai-dedai datang. Aku dan kak long apa lagi terpaksalah meminta pelepasan awal sebab takot lambat sangat sebab esok dah nak kerja kan. Lepas dah jumpa baby, tuan rumah dan sepupu aku, dapat pulak berkat. Dah nak balik tu kakak Eda aku dan family dia sampai. Borak-borak dan layankan Harraz naik buaian, pastu jam pukul 2 lebih aku pon pulang. Pertengahan jalan nak balik hujan selebat-lebatnya. Alhamdulillah selamat sampai sunway jam 4:30pm macamtu.



Muka gembira sebab dapat keluar rumah hihi




Pelamin Aqiqah yang santek


Baby Fariq








 sudahlah tu nak..kita dah nak balik ni sayang...
Harraz: sabarlah ibu...buaian ni besar sangat..kat kampung kecik je.




Drama Pilihan: Pujaan Hati Ummi

Assalamualaikum...



Saja nak update pasal drama yang aku tengah follow kat tv9, tajuknya 'Pujaan Hati Ummi'. Cerita yang mengisahkan tentang sebuah keluarga yang sangat bahagia tapi tiba-tiba berubah jadi sebaliknya, apabila menerima ahli baru dalam family mereka. Pelakon utamanya adalah Wan Maimunah, best sangat lakonan dia sebagai 'Umi'. Wat kata laki aku..'haaa cerita macamnilah yang dipanggil cerita rakyat' maksudnya cerita yang tidak keterlaluan menunjukkan betapa gah nya kedudukan seseorang dengan duduk rumah besar, kereta mewah, yang jadi bos duduk dalam office pastu ada masa teman gf shopping hehhee dan macam-macam lagilah yang over. Drama melayukan selalu begitu.


Sinopsis Drama Pujaan Hati Umi

Mengisahkan Umi (Wan Maimunah) seorang ibu tunggal yang cekal membesarkan anak-anaknya Razziah (Wan Nor Azlin), Razman (Zain Hamid), Razzi (Syafiq Sahli), dan Reza (Talha Harith). Pada usia 60 tahun, Umi telah mencapai kemanisan hidup bersama keluarganya, malah disegani masyarakat kampung.



Umi juga menerima anugerah Ikon Wanita Warga Emas. Bagi Umi hidupnya lengkap dengan kehadiran menantunya Osman (Haeryanto Hasan) iaitu suami Raziah dan Safiya (Sasqiah Dahuri) isteri Razzi dan dua orang cucunya Emir (Darren Zariff) dan Ezra (Syasya Afiqah).

Namun siapa menyangka panas yang diharap hingga ke petang, rupanya hujan di tengah hari. Keluarga Umi diduga lagi. Osman meninggal ditimpa kemalangan membuatkan Razziah kini terpaksa memulakan hidup baharu dan tinggal bersama Umi.

Dalam masa yang sama Razman tiada bersama keluarga mereka untuk berkongsi kedukaan. Razman sebelum ini mengambil keputusan meninggalkan keluarga kerana malu kepada Umi apabila dia terpaksa meninggalkan acara pernikahannya di saat akhir.

Umi cuba menyorokkan kesedihan dan berharap emosi keluarganya pulih. Anak bongsu kesayangannya, Reza menyampaikan berita bahawa dia ingin berkahwin dengan Rita (Faye Kusairi).

Umi menyambut berita baik itu dan berharap Rita bakal menjadi sinar baharu kepada keluarganya. Namun bagaikan membela seekor ular, Rita punya agendanya tersendiri.
(copy dari layanon9)+

Sabtu, 14 Mei 2016

Buah Tangan Dari Korea Dan Langkawi

Assalamualaikum...

Walaupun kita tak ada Passport dan kita tak ke luar negara lagi buat masa ni, kita tak pernah nak iri hati dengan orang yang pergi makan angin kat luar negara. Ada orang kata aku tak ada passport duduk diam-diam aje. Tak ke pelik, kalau aku ni pergi buat passport tapi aku tak ada plan pon nak ke oversea... Tak ke membazir namanya tu. Kang kawan pulak dengan syaiton sebab suka membazir hehehe. Tapi tak pelah aku tak amek hati dah sekarang memula je.

Last Week, kawan aku pergi Korea Selatan, orang lain pergi aku pulak yang excited. Kira aku tumpang gembiralah sebab walaupun aku tak pergi hihi. Mana tahu 1 hari nanti ada rezeki Allah nak bagikan... AAMEEN..



Ada 1 set sudu, garfu dan copstik tertinggal kat ofis..nanti kita snap.

Kebetulan masa hari yang sama kami ke Avani, Sepang family in law bercuti ke Pulau Langkawi. Jadinya dapatlah kami buah tangan dari overseas gitu.. Langkawi pon oversea jugakkan hihi.





Mak Ngah & Thaqif







Jumaat, 13 Mei 2016

Dinner Dima

Assalamualaikum...

Malam tadi husband bawak kami makan di Dima Restaurant.  Lama dah tak makan makanan arab, semenjak Dima dah pindah dari Oasis Square. Ada rezeki lebih husband dah teringin kan kita follow je. Lagipun aku pon lama jugak tak makan Khabsa kambing Dima. Dima pindah dekat area Ara Damansara ni jugak cuma kalau aku dari office jauh sikitlah, nak kena drive.



Taraaa... Khabsa Kambing Dima memang win..



Yang ni pencuci mulut Khunnafa namanya..sedap rasa macam kuih karas







Sabtu, 7 Mei 2016

Happy Birthday: Harrazaman Turns 2

Assalamualaikum....

Selamat hari kelahiran yang ke-2 tahun anakku Muhammad Harrazaman Bin Mohd Fairuzaman (panjang nama bapak dan anak). Alhamdulillah Allah pinjamkan nikmat yang tak ternilai ini pada kami suami isteri. Dua tahun masa berlalu, teringat masa beberapa hari sebelum keluarnya baby boy ibu ayah ni. Doa ayah dan ibu semoga, Harraz membersar dengan sihat. Supaya besar nanti jadi insan yang berbakti pada ibu ayah dan masyarakat sekeliling. 


Rindunya bucuk ibu ni


Padahal mereka berdua je yang pakai topi dan tipengbtu..sambut simple-simple aje.


Nampak muka kegeramankan krim kek tu. Aduhailah anakku.


Pandan fruits cake. Sedap jugak tak manis dan muak sangat. Berbaloilah beli sebab sedap. Beli yang kecil je sebab bukan ramai pon yang ada. Aku beli kat Kedai Kek Segar, Masjid tanah (Rm38) masa kami otw balik daripada beli kain kat Nagoya (beli baju raya)dan beli sikit barang kat KIP Mall, Bachang Melaka.







Makan kek sampai lupa nak tanggal topi.



Beli belon ni kat Baby Expo (RM8) kat dalam Kip Mall tu. Hayatnya tak lama esoknya belon Boboiboy kena libas dek kipas kat beranda umah kampung, sabor jelah.


Kakak Sarah pon dah tiup lilin jugak.



Inilah anak buahku yang memeriahkan acara majlis yang tak seberapa. Dalam banyak-banyak orang dia lah paling excited. Asyik tanya bila nak potong kek busu???.. Bila?? Hehehe..


Sweet je dua beradik ni











Kalau Sudi Kliklah Sini